Universiti menyediakan kemudahan prasarana ICT yang lengkap untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan akses meluas kepada maklumat atas talian terutama bagi kemudahan pelajar dan pensyarah.

Kemudahan uWiSH iaitu kemudahan wifi di sekitar Kampus USIM khusus bagi menyokong P&P telah dipasang di kawasan tumpuan pelajar yang melibatkan 160 Access Point (AP). Selain itu juga, capaian iWiSH iaitu perkhidmatan wifi di lima Kolej-kolej kediaman luar kampus telah diusahakan bagi memastikan pelajar mempunyai capaian ke internet bagi tujuan P&P.

USIM juga telah berusaha meningkatkan internet jalur lebar (bandwith) Kampus Pandan kepada 60 Mbps bagi membolehkan capaian lebih pantas kepada akses atas talian kepada seluruh warga kampus di Pandan

Bagi membolehkan pelajar mencapai perisian-perisian khusus pembelajaran, USIM menggunakan teknologi Virtual Desktop Infrastructure (VDI) yang melibatkan 500 lesen di makmal-makmal komputer di Kampus Nilai. Ini membolehkan pelajar mencapai perisian khusus yang diperlukan di mana-mana makmal komputer tanpa perlu ke makmal komputer khusus sebelum ini. Open Lab juga diperkenalkan di mana beberapa makmal komputer umum dibuka kepada pelajar mulai jam 8 pagi sehingga jam 5 petang. Bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong konsep Bring Your Own Device (BYOD), USIM telah bmewujudkan learning space di sekitar Kampus. Ia melibatkan empat kawasan yang akan mengaplikasikan konsep learning space iaitu di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dan juga di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Bagi melengkapkan kolaborasi antara pelajar USIM dan luar, kemudahan video conference telah dipasang di tiga lokasi iaitu di Kampus Nilai, Kampus Pandan dan cawangan Temerloh selain bagi tujuan penjimatan bagi jangka masa panjang. Setiap pelajar baharu juga dikehendaki mendaftar akaun raudah.usim.edu.my yang menggunakan platform Microsoft Office 365 bagi tujuan capaian ke Massive Open Online Courses (MOOC)