Soalan Lazim (FAQ)2016-10-20T08:52:46+08:00
Apakah bahasa pengantar pengajian yang digunakan?2016-09-09T11:02:01+08:00

Bahasa pengantar pengajian yang digunakan adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Apakah syarat kemasukan ke USIM?2020-09-29T10:46:31+08:00
Berapa bilangan pelajar di USIM sekarang?2016-12-22T19:01:17+08:00
Apakah program pengajian yang ditawarkan?2020-09-29T10:47:33+08:00

Sila rujuk laman berikut: Kemasukan

Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya saya ingin berurusan dengan pihak Universiti?2016-09-09T10:57:56+08:00

Pusat Komunikasi Strategik
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel: +606-798 8000 Faks: +606-798 8032
Email: helpdesk@usim.edu.my

Siapakah Naib Canselor USIM?2020-09-29T10:38:22+08:00
Di manakah lokasi USIM?2020-10-20T09:26:29+08:00

USIM beroperasi di kampus tetapnya di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Ia terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya, dan hanya 40 minit ke Kuala Lumpur, Shah Alam dan Seremban.

Sementara itu, Fakulti Pergigian beroperasi di Kampus Perubatan, di Menara B, Persiaran MPAJ, Pandan Indah , Kuala Lumpur.

Bila USIM ditubuhkan?2016-10-20T08:56:09+08:00

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah diluluskan penubuhannya dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Jun 1997 dan diwartakan pada 13 Mac 1998. Ia merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21 dan merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-12 di negara ini. Di antara tujuan penubuhan KUIM ialah untuk memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan ICT dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. KUIM juga menumpukan penguasaan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris di samping Bahasa Melayu. Mulai 1 Februari 2007, lakaran sejarah telah tercipta apabila nama Kolej Universiti Islam Malaysia telah ditukar kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Apakah itu USIM?2016-09-09T10:53:57+08:00

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ialah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang unik yang menawarkan program pengajian dalam pelbagai bidang. Ia adalah satu-satunya IPTA yang menawarkan semua program pengajiannya berteraskan kepada pendidikan Islam. Program pengajian USIM diolah untuk melahirkan graduan yang memenuhi keperluan pelbagai industri, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, menguasai Bahasa Arab dan Inggeris dengan baik, serta memiliki ciri-ciri kemahiran insaniah yang mantap.

Kampusnya yang kondusif menyediakan kemudahan pembelajaran yang lengkap, moden dan terkini. Tenaga pengajar USIM menggabungkan tenaga pengajar tempatan dan antarabangsa, yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang luas, serta pakar dan terkenal dalam bidang masing-masing.

Maklumat lanjut, sila rujuk Maklumat Umum

Go to Top