NILAI, 8 MAC 2016 – CEO@Faculty anjuran bersama Pusat Inovasi, Jaringan Industri dan Masyarakat (PIJIM) dengan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membawakan syarahan umum bertajuk “The Evolution of Investment Banking and Sukuk” yang disampaikan oleh YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB.

Bertempat di Dewan Tuanku Canselor, syarahan ini dilihat memberi peluang kepada pelajar dan juga pensyarah untuk memahami kehendak industri untuk menjadi sebahagian sumber penting di industri.

Ia juga sebagai salah satu platform untuk melihat bagaimana industri dapat membantu pelajar dalam usaha mengembangkan pengetahuan dan dipertingkat secara bersama sebagai salah satu proses pembelajaran berkesan selain pelajar perlu mengikuti kuliah setiap hari.

Tengku Dato’ Sri Zafrul yang dipilih sebagai CEO fakulti pertama USIM percaya bahawa peranannya sebagai ahli korporat tidak menjadi halangan untuk menjalin hubungan baik dengan sektor pendidikan.

“Melalui kerjasama dengan CIMB Group ini, ia menjadi platform kepada pelajar juga untuk menjalani latihan industri pada masa yang sama diharapkan jalinan ini mampu melahirkan graduan yang memenuhi keperluan industri,” ucap Dato’ Musa.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pegarah Universiti, Tan Sri Abdul Shukor Husin, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Alumni, YBhg Prof Dr Zulkiple, Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Dr Amir Shaharudin, serta pengurusan universiti.

Disediakan oleh:

Syazlyna Jamil

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204