NILAI, 17 OKT 2015 – Bertemakan Women’s &  Men’s Health: “Towards a Better Future”, Fakulti Perubatan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Sains Islam Malaysia buat kali kedua menganjurkan Persidangan Antarabangsa Perubatan dan Kesihatan (ICMH) di Hotel Istana Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Oktober 2015.

Seminar ini diperkenalkan sejak tahun 2006 lagi sebagai salah satu inisiatif fakulti dalam memperkenalkan FPSK khusus kepada masyarakat, terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang perubatan.

Menurut Prof. Madya Dr. Ahmad Najib Azmi, objektif penganjuran adalah untuk menjadikan persidangan ini sebagai medan perkongsian ilmu perubatan diantara pengamal perubatan, jururawat, ahli farmasi, pengamal sains perubatan dan kesihatan, selain untuk menggalakkan amalan yang baik dalam pencegahan jangkitan di kalangan profesional penjagaan kesihatan.

“Penganjuran pada kali ini telah menarik seramai 157 peserta dalam dan luar negara antaranya dari Australia, mauritius, south korea dan IPT seperti UniKL, USM, UPSI, UM, UKM, UCSI dan CUCMS, dengan pembentang oral seramai 36 orang dan pembentang poster seramai 39 orang”, tambah Prof. Najib selaku pengerusi seminar.

Seminar ini turut menampilkan beberapa penceramah hebat yang membincangkan isu kesihatan wanita dan lelaki antara topik yang menarik adalah menopausal problems in breast cancer patients, the dangers of prostate cancer, family planning after a complicated pregnancy dan osteoporosis: prevention is better than cure.

Diharap ICMH ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan topik topik yang lebih menarik terutamanya topik yang menggabungkan elemen naqli dan aqli, selari dengan kehendak universiti.

Seminar yang berlangsung selama dua hari ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademi dan Antarabangsa) Prof. Dr. Zulkiple Abd Ghani. Turut hadir sama Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Nasri Nik Ismail Pengarah Pejabat Penyelidikan Pembangunan Kompleks Kesihatan USIM, dan Dekan FPSK Prof. Madya Dr. Muhammad Shamsir Mohd Aris.

Disediakan oleh:

Noorumaina Mohamed Yunus

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204