Dalam bidang pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan antara pendidikan moden yang mempunyai potensi besar untuk menjadi peneraju sekiranya semua kepakaran serta kemudahan yang ada digemblingkan untuk memberikan anjakan baru dalam bentuk kontemporari bagi memenuhi keperluan masayarakat Islam era globalisasi di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Justeru itu, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM komited untuk terus memartabatkan pengajian Quran dan Sunnah dalam arus perdana pendidikan Negara dengan menubuhkan Institut Kefahaman Quran dan Sunnah (IKEQS) yang  dilancarkan secara rasmi oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda semasa merasmikan Seminar Quran, Sunnah dan Sains (SQSS) pada 29 Disember 2010 yang lalu serentak dengan pelancaran produk pertama IKEQS- IQRA’ Versi Braille.

Institut ini ditubuhkan bertujuan untuk menjadi pusat penyelidikan dan integrasi antara ilmu Quran dan Sunnah dengan sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan semasa khususnya di Malaysia. Di samping itu pusat ini juga menyediakan khidmat kepakaran dan latihan kepada institusi berkaitan sama ada kerajaan atau swasta secara global seperti institusi fatwa, pendidikan, syarikat media elektronik dan sebagainya.

IKEQS turut memberikan tumpuan dalam bidang-bidang utama seperti Penyelidikan saintifik dan kontemporari berkaitan Quran dan Sunnah, Pengembangan kesenian Quran seperti qiraat, tarannum, kaligrafi dan seumpamanya, Pengurusan (pengumpulan) informasi dalam bidang Quran dan Sunnah serta Pengurusan (pentadbiran/penyelesaian) isu-isu semasa yang berkaiatn dalam bidang Quran dan Sunnah.

Bagi memantapkan perkembangan institut ini, pelbagai aktiviti dirancang dandibahagikan kepada lapan kategori iaitu Penyelidikan dan Inovasi, Perkhidmatan Elektronik, Pembangunan Galeri Quran dan Sunnah, Penerbitan, Perhubungan, Khidmat Konsultasi, latihan, Seminar/bengkel berkala/bengkel tidak berkala dan Klinik Quran dan Sunnah.

Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang adalah seperti menghasilkan aplikasi/produk/perisian/laman web/ensiklopedia berteraskan Quran dan Sunnah dengan sains dan teknologi, membina hubungan dan jalinan kerjasama dengan institusi-institusi berkaitan Quran dan Sunnah dari dalam dan luar negara, konsultasi dalam bidang kesenian Quran mengenai garis panduan, nilai dan aspek yang perlu dipatuhi dalam menampilkan kesenian berkaitan Quran dan mengadakan sesi “klinil Quran” bagi mengatasi kelemahan bacaan quran dan meningkatkan kefahaman terhadap kandungan Quran di kalngan pelajar dan masyarakat.

Penubuhan pusat ini diharapkan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan berminda dan berbudaya kelas pertama berasaskan Quran dan Sunnah.

Oleh :
Siti Maizatul Akmar Ismail
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah