NILAI, 7 Nov – Mengiktiraf kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2013, satu majlis khas iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi (AKI) 2013 telah diadakan pada semalam bertempat di Hotel Everly, Putrajaya.

Majlis yang diadakan dengan objektifnya untuk memanifestasikan usaha USIM dalam menghargai dan mengiktiraf warganya secara berterusan demi mengangkat martabat keilmuandan pentadbiran.

Pada majlis kali ini, sebanyak 17 kategori dan anugerah dipertandingkan dengan seramai 110 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 71 penerima Anugerah Terpuji, 48 penerima Anugerah Khas. Terdapat 5 Anugerah Khas baru diwujudkan pada tahun ini, iaitu Anugerah Ahli Akademik Harapan, Anugerah Pendidik, Anugerah Kreativiti Seni dan Budaya, Anugerah Perdana Siwa/i dan Anugerah Pelajar Siswazah.

“Kecemerlangan sesebuah Universiti bukan sahaja terletak pada kepada kecemerlangan kakitangan akademik sahaja, malah ia juga terletak kepada kecmerlangan di setiap lapisan jawatan. Asas yang paling utama di dalam kecemerlangan kakitangan adalah bergantung kepada pelaksanaan amanah dan tanggungjawab yang diberikan”.

“Anugerah-anugerah ini merupakan langkah kearah membudayakan kecemerlangan menyeluruh dalam semua aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan, khususnya di USIM” ucap Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam majlis ini.

Prof. Datuk Dr. Hajah Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Pengarah Pusat Permata Insan dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Hasanul Mudir dan menerima hadiah berupa wang tunai RM 5000, baucar buku RM 250 dan sijil penghargaan. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) menerima Anugerah Naib Canselor yang menerima wang tunai RM 3000 beserta sijil penghargaan.

Menurut Cik Norlizawaty Tumin, Penolong Pendaftar Kanan di Bahagian Pengurusan Akademik yang merupakan salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Istimewa berkata “Perubahan mind-set atau anjakan paradigm untuk menerima perubahan amat perlu dan pada masa sama berusaha untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk meningkatkan kualiti kerja. Anugerah ini merupakan satu anugerah dan pendorong untuk terus cemerlang”.

Hadiah kepada para penerima disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin.

Disediakan oleh :

Zaini Othman

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204