NILAI, 25 Februari 2021 – Prosumerisme merupakan konsep yang mampu menjamin kelestarian sumber dan mengurangkan kebergantungan sesuatu entiti terhadap sumber luar. Mengambil inisiatif dan menzahirkan kepekaan serius saranan Naib Canselor dalam amanat 2021 beliau, Jabatan Keselamatan menerajui dengan mewujudkan Laman Prosumer yang dilancarkan oleh Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor USIM bertempat di Jabatan Keselamatan USIM.
Encik Rozaimi Kamaruddin selaku penyelaras projek ini berkata, bermula Disember 2020 sehingga Februari 2021 tanaman ’rock melon’ ini telah berjaya membuahkan hasil selepas 75 hari ianya ditanam. Tuaian pertama adalah sebanyak 400 biji ’rock melon’ telah berjaya dikongsikan kepada staf USIM.
”Jabatan Keselamatan berusaha untuk memperluaskan tanaman ini dengan keluasan yang lebih luas dengan sasaran 10,000 poliber menejelang akhir tahun 2021”, ujar Encik Rozaimi.
Manakala Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata, objektif pelaksanaan projek ini adalah untuk meningkatkan bilangan inkubator keusahawanan berasaskan prosumerisme dalam kalangan staf dan pelajar. Kerjasama bersama agensi luar dan pihak NGO akan dibuat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran mereka agar tanaman ini dapat diperluaskan dan dinikmati oleh komuniti di luar sana.
Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan