NILAI, 27 November 2019 – Peserta Gap Year 1.0 bergraduasi bersama pasangannya Mohamad Hassanudin Abu Jamil dan Fatimah Adilah Elias dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunah,dua daripada enam orang peserta Gap Year kohot pertama iaitu pada September 2017 telah pun berjaya bergraduasi pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia kali ke-17.

Hassanudin berkata walaupun bergraduasi setelah lima tahun pengajian, itu bukanlah menjadi masalah besar kerana pengalaman yang diperolehi semasa menjalani Gap year dengan menjelajah ke tujuh buah negeri di dalam negara dan juga luar negara antaranya Lombok, Indonesia dan Rangpur, Bangladesh amatlah bernilai dan bermakna yang membuatkan saya amat bersyukur dengan pengalaman itu.

Mengenai kerelaan Hassanudin dan Fatimah sebagai kohot pertama Gap Year adalah kerana kesedaran mereka terhadap pendedahan dunia luar itu perlu kerana sepanjang menjalani pengalaman tersebut mereka menjadi lebih rapat dengan masyarakat dan lebih mahir untuk bergaul dengan masyarakat buktinya, cara berkomunikasi dan kemahiran insaniah mereka semakin dapat digilap dari semasa ke semasa.

Bercerita mengenai memori yang tidak dapat dilupakan mereka sepanjang mengikuti program ini adalah dimana apabila mereka pergi ke kampung orang asli yang kurang terdedah dengan dunia luar, mereka mendapati bahawa rekreasi orang asli terhadap mereka seperti entiti yang asing sehinggakan ada yang bersembunyi di bawah pokok ketika kehadiran mereka di kampung tersebut, namun setelah mereka berunding dengan Tok Batin disitu akhirnya mereka berjaya untuk mendekati dan berkomunikasi dengan golongan orang asli tersebut, tambah Hassanudin lagi bahawa golongan etnik ini unik yang patut dipelihara.

Fatimah menyatakan nasihatnya buat para mahasiswa dan mahasiswi agar tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan berani untuk mencabar diri kerana program sebegini akan lebih membuka minda kita tambahan pula mereka adalah dari persatuan badan beruniform ketika itu iaitu Hassanudin sebagai SUKSIS dan Fatimah sebagai PALAPES, dengan itu secara tidak langsung berbekalkan pengalaman mereka sebagai ahli badan beruniform membuatkan mereka lebih semangat dan yakin untuk mengikuti program Gap Year ini.

“Belajar di dalam kampus tidak sama dengan belajar di luar kampus kerana di luar kampus lebih melihat kepada situasi masyarakat sebenar dan ianya juga lebih praktikal, malahan ianya juga mampu menambahkan keyakinan diri”.

Menariknya lagi, setelah menempuhi pahit manis program ini bersama dari situ jugalah berputiknya rasa cinta antara Hassanudin dan Fatimah, kata orang jodoh tak kemana maka Gap Year ini juga adalah sebagai asbab pernikahan mereka yang kini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang comel yang diberi nama Fatihah Husna.

 

Disediakan oleh:
Nor Adilah Yusof
StraCommclique
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan