NILAI, 15 Julai 2014 – Bidang penyelidikan amat sinonim dengan kerjaya sebagai ahli akademik di Universiti. Melihat kepada cabang penyelidikan yang luas, kumpulan Pentadbir di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil peluang untuk turut sama menjadi penyelidik dalam bidang yang memfokuskan kepada pentadbiran.

Justeru itu, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM (PRAGMATIS) melalui Exco latihan, Kepakaran dan Kepimpinan telah mengambil langkah awal dengan menganjurkan Bengkel Penyediaan Cadangan Kertas Kerja Penyelidikan Pentadbiran bertempat di Galeri, Bangunan Canselori. Penganjuran bengkel ini mendapat kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) USIM.

Program ini telah mendapat penyertaan seramai 30 orang kakitangan yang meliputi Pegawai Pentadbiran USIM daripada pelbagai skim perkhidmatan. Pengisian sepanjang bengkel ini disampaikan oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah PPP selaku penceramah dan fasilitator jemputan.

Menurut Urusetia Bengkel, pelaksanaan bengkel ini amat tepat bagi member pendedahan awal kepada kakitangan pentadbiran yang berminat bagi menjalankan penyelidikan. Ia juga bertujuan untuk member bimbingan bagi penghasilan proposal kepada kumpulan-kumpulan perintis penyelidikan pentadbiran yang berjaya ditubuhkan awal tahun ini oleh PRAGMATIS.

Prof Dr Nor Aripin Shamaan, Pengarah PPP turut menyambut baik initiatif yang diambil oleh PRAGMATIS dan member suntikan semangat kepada para peserta untuk aktif dalam bidang penyelidikan di Universiti.  “Pusat Pengurusan Penyelidikan bukan sahaja akan membantu tetapi juga akan mengasuh penyelidik-penyelidik baru dari kumpulan pentadbiran ini untuk memastikan penyelidikan yang dihasratkan mencapai objektif dan berjalan lancar”.

Bagi salah seorang peserta menyifatkan bengkel seperti ini diharap dapat member satu momentum baru bagi menggalakkan penyelidikan dikalangan pentadbir USIM serta pada masa sama dapat meningkatkan prestasi kerja dan mempromosikan Universiti.

Disediakan oleh:
Mohd Syaifool EidzzwanAbd Halim
Penolong Pendaftar Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti

Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)