NILAI, 10 Disember 2020 – E-PembeIajaran di USIM telah mula diketengahkan sejak dari tahun 2010 sehingga kini. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memupuk, membudayakan dan seterusnya mengaplikasikan penggunaan konsep e-PembeIajaran di kalangan   sebagai tapak bagi menyalurkan maklumat pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dalam talian adalah seperti sistem GOALS, USIMOE, OER, USIM MOOC, USIM Mobile Apps dan software Microsoft 365.

Bagi memberikan pendedahan serta maklumat teknologi PdP terkini  kepada  pensyarah  dan pelajar berkaitan program serta perkhidmatan e-learning di USIM serta mendekatkan lagi pensyarah dan pelajar dalam mengaplikasikan e-pembelajaran di dalam kelas dan kuliah dengan lebih kreatif dan inovatif, Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) dengan kerjasama Unit Ketua Pegawai Maklumat (CIO) telah menganjurkan program Virtual E-Learning USIM secara dalam talian yang bersiaran melalui Facebook USIM TV pada 10 Disember baru-baru ini.

Pelbagai segmen dan topik menarik yang disediakan antaranya perkongsian USIM e-Learning Experts, perkongsian pengalaman pelajar, USIM di kala pandemik, Anugerah e-Pembelajaran USIM 2020 serta kuiz Kahoot.

Naib Canselor Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, penganjuran program ini amat signifikan sekali bagi memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara norma baharu supaya USIM tidak ‘kemarau’ ilmu dan supaya bumi terus diberkati dengan ilmu yang barakah.

Manakala menurut Pengarah SDEC Puan Khadijah Chamili, program Virtual e-learning ini telah mencapai objekftifnya kerana telah memberikan pendedahan awal kepada pelajar khususnya pelajar baharu USIM mengenai persekitaran e-learning di USIM. Dalam suasana pandemik covid-19 ini, norma baharu perlu diteruskan. Usaha memperkenalkan dan merancangkan pembelajaran secara atas talian juga perlu digerakkan seiring. Justeru, platform virtual e-learning ini dilihat sebagai satu usaha yang perlu diteruskan bagi memastikan maklumat sampai kepada kumpulan sasaran.

“Virtual e-learning ini menggantikan e-Learning Tour yang dilakukan sebelum ini secara fizikal saban tahun. Kami lihat ini adalah pendekatan baharu dan pasukan teknikal e-learning telah memenuhi kehendak norma baharu itu sendiri dan sangat wajar ia dilaksanakan secara maya. Pastinya cabaran pasukan teknikal bukan sedikit iaitu perlu menyelaras kandungan bahan yang hendak diketengahkan, promosi, menyunting dan semestinya membuat persediaan rapi sebelum program ini berlangsung pada tarikh yang ditetapkan. Ia memerlukan pemerhatian dan penelitian terperinci. Syabas kepada pasukan teknikal SDEC yang berjaya menggerakkan usaha ini dan saya yakin pasukan telah bersedia untuk event yang lebih besar pada masa akan dating”, ujar beliau lagi.

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan