Selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang merupakan misi kerajaan dalam mentransformasikan pengajian tinggi supaya berada di landasan yang kukuh serta menjadikan Malaysia sebagai salah satu hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, USIM turut tidak mahu ketinggalan dan menyambut baik usaha kerajaan dalam memperkasakan institusi ilmu di Malaysia.

USIM sentiasa menitikberatkan dan memastikan program pengajian yang ditawarkan adalah program yang berdaya maju dan berciri “high exchange” iaitu berbidang luas dengan penerapan teras Pendidikan Islam dan kontemporari. Selain daripada itu, kandungan dan elemen Kemahiran Insaniah (KI) turut dimantapkan dalam setiap program yang ditawarkan serta berusaha melahirkan tenaga kerja yang kukuh dengan penghayatan Islam, mampu memimpin masyarakat majmuk, berpotensi tinggi untuk menjadi pemimpin dan menerajui pembangunan negara.

Sehingga Mei 2009, sejumlah 12 program pengajian USIM telahpun memperoleh pengiktirafan daripada JPA sebagaimana berikut:

i.    Sarjana Muda Da’wah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian
ii.    Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian
iii.    Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman dengan Kepujian
iv.    Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian
v.    Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
vi.    Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian
vii.    Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan)
viii.    Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian
ix.    Sarjana Muda Pengajian Quran dan Multimedia dengan Kepujian
x.    Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat dengan Kepujian
xi.    Diploma Pendidikan (Lepasan Ijazah)*
xii.    Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie

* termasuk Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam) dan Diploma Pendidikan (Bahasa Arab)

Manakala lima (5) program lagi sedang dalam proses penilaian oleh pihak JPA sebagaimana berikut:

i.    Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko)
ii.    Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat)
iii.    Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian
iv.    Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
v.    Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dengan Kepujian

Tujuan utama urusan pengiktirafan kelayakan adalah bagi memastikan mutu sesuatu kelayakan yang dikeluarkan oleh sesebuah IPTA itu mencapai tahap yang dikehendaki oleh Kerajaan bagi membolehkan pemegang kelayakan berkenaan dilantik dalam Perkhidmatan Awam. Ini adalah kerana Pihak Berkuasa Melantik hanya boleh melantik mereka yang mempunyai kelayakan yang telah diiktiraf oleh Kerajaan untuk menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam sebagaimana ditetapkan dalam skim-skim perkhidmatan.

Selain memperoleh pengiktirafan dalam negara, program pengajian USIM juga turut diiktiraf di peringkat antarabangsa serta Asia Tenggara. Antara negara yang mengiktiraf kelayakan program pengajian serta graduan USIM adalah sebagaimana berikut:

i.    Jordan
ii.    Tanzania Commission for Universities
iii.    Australia
iv.    Iraq
v.    Sudan
vi.    Maldives
vii.    China
viii.    London
ix.    Brunei Darussalam
x.    Indonesia

Oleh :
pro@usim.edu.my
Tel : 06-7988025/8026/8028