NILAI, 25 Ogos 2014 – Majlis pelancaran pejabat USIM Alamiyyah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) secara rasminya telah berlangsung pada 25 Ogos 2014 di Pusat Komersial. USIM Alamiyyah dalam usaha memperkasakan agenda pengantarabangsaan  dalam bidang akademik khususnya untuk menjadikan USIM adalah pilihan utama bagi pelajar luar Negara melanjutkan pelajaran di sini.

Sebagai universiti Islam yang menyanjung paduan integrasi ilmu Naqli dan Aqli, USIM Alamiyyah yang dahulunya dipanggil Pusat Perhubungan Antarabangsa (PPA), kini bergerak seiring iaitu sebagai pusat antarangbangsa yang menguruskan pertumbuhan pelajar antarabangsa dan pengunjung dari luar Negara khususnya.

Pengarah USIM Alamiyyah Professor Dr Roshada Hashim berkata, konsep alamiyyah yang diperkenalkan ini adalah mencerminkan polisi  USIM diperingkat global sebagai hub pengajian tinggi yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli. ‘Alamiyyah ialah perkataan Arab yang  bermaksud sarwajagat atau universal di mana ‘Alamiyyah merujuk kepada kecemerlangan akademik dan penyelidikan bagi sesebuah institusi bagi menangani isu dan masalah yang memberi kesan kepada umat Islam.

Pendekatan ilmu Naqli dan Aqli dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang diterapkan oleh USIM kepada pelajar dan kakitangannya adalah untuk melahirkan graduan yang seimbang,adil dan inklusif kepada masyarakat kelak. Ini kerana al-Quran dan Sunnah menyediakan sumber yang kaya dengan pengetahuan, penyelesaian merangkumi bidang sains, perubatan, ekonomi dan sahsiah diri.

“Alamiyyah juga meliputi jaringan kerjasama dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan penyelidikan di samping mewujudkan peluang bagi program mobility transnasional dan memperkasakan jaringan kerjasama bersama institusi di peringkat global di mana USIM berhasrat untuk menjadi universiti rujukan Naqli Aqli di peringkat global menjelang tahun 2025”, jelas professor Roshada lagi.

Majlis pelancaran yang dihadiri oleh pelajar antarabangsa, kakitangan universitI dan wakil dari kedutaan Libya, Indonesia dan Afghanistan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof Dato Musa Ahmad Naib Canselor USIM.

Disediakan oleh :

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204