NILAI, 20 Julai 2020 – Perancangan strategik dalam sesebuah organisasi merupakan satu elemen yang sangat penting. Seperti contoh bagi memastikan kemajuan dan kelestarian USIM sebagai sebuah universiti yang terunggul, usaha secara kolektif oleh setiap Pusat Tanggungjawab USIM perlu digemblengkan untuk memacu kejayaan USIM.

Justeru, Bengkel  Pelan Tindakan Misi USIM 2020-2022 siri 1 telah dirancang dan berlangsung  pada 20 sehingga 27 Julai 2020 bertempat di Galeri Canselori yang dirasmikan oleh Naib Canselor Prof Dr. Mohamed Ridza Wahiddin.

Prof Dr. Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata, bagi memacu USIM dilandasan yang betul, pengurusan tertinggi USIM telah menetapkan Misi USIM 2022 untuk menjadikan USIM sebagai sebuah universiti sains islam glokal yang berimpak tinggi dimana Sains Islam didefinasikan sebagai ilmu yang berpaksikan epistemologi tauhidik demi kesejahteraan sejagat.

“Glokal itu adalah istilah yang menggabungkan ‘global’ dan ‘lokal’, di mana saya ingin terjemahkan di peringkat antarabangsa, USIM akan dilihat sebagai universiti yang tersohor disamping kita masih mengekalkan jati diri dan nilai-nilai murni yang menjadi teras universiti ini”.

Beliau menambah, bagi memastikan Misi 2022 itu tercapai, sebanyak tujuh Annual Goals 2020 digariskan untuk dilaksanakan pada tahun ini iaitu Infaq Campaign Crowd Funding; Prospective Students and Alumni; Prosumerism Initiative Developer Enterprenuer; Da’wah and Multi-Cultural Society and Volunteerisme; Public Interest Intellectuals; Students Accomodation; dan Personal Tutelage for Teaching and Learning.

Menurut Prof Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Pengantarabangsaan), untuk merealisasikan lima teras strategik Misi USIM 2022, satu pelan tindakan bagi perlaksanaannya perlu dirangka untuk membentuk halatuju gerak kerja semua pusat tanggungjawab di USIM agar dapat mencapainya dengan hasil yang optimum, kos efektif dan memberikan impak kepada ummah.

“Antara objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memberikan penerangan dan pemahaman kepada semua ketua-ketua PTJ di USIM berkenaan Misi USIM 2020-2022 dan lima teras strategik yang ditetapkan untuk mencapai misi tersebut. Selain itu, merangka pelan tindakan bagi mencapai Misi USIM 2022 berdasarkan kepada lima teras strategik”.

Beliau berkata, untuk mencapai Misi USIM 2022 ini, lima teras strategik telah ditetapkan iaitu  pertama Graduan dan Alumni: melahirkan graduan/alumni yang profesional berintegriti, kompeten dan berdaya saing. Kedua, Pelajar: Membentuk pelajar yang beradab, holistik dan seimbang. Ketiga, Libatsama Masyarakat: Memperkasakan Quintuple Helix untuk semua. Keempat, Kelestarian Kewangan: Membentuk kepelbagaian sumber dana dan amalan perbelanjaan berhemah, dan kelima, Pengiktirafan: Membentuk kesarjanaan berimpak yang membina kebitaraan ummah.

Pelan Strategik USIM yang diurus selia di bawah Pejabat Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Pengantarabangsaan) ini  akan mengadakan bengkel peringkat pada 5 hingga 6 Ogos bagi membentangkan, membincangkan dan menganalisa pelan tindakan yang dicadangkan supaya pelan yang terbaik medapat persetujuan oleh semua PTJ di USIM untuk dilaksanakan sepenuhnya.

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan