KUALA LUMPUR, 28 FEB 2015- Pendekatan kreatif melalui dakwah jalanan yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan USIM mendapat sambutan yang meriah dikalangan pengunjung dalam dan luar negara di sekitar Kompleks Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Yang menariknya, program diberi nama ’USIM Street Dakwah’ ini menonjolkan kelainan dengan menyampaikan mesej santai berbentuk nasihat, doa dan pedoman kepada masyarakat dengan diselangi persembahan muzik busking berkonsepkan muzik Islam yang disertai seramai lebih 30 Urus Setia Kesenian Pelajar (UKP) USIM.

Program yang julung kali diadakan ini, turut mendapat kerjasama dari Kumpulan Utusan Malaysia, Malaysia Busker’s Club dan  juga Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) iaitu bersempena menyambut Hari Wanita Antarabangsa.

Menurut Mohamad Aizat Mohamad Sani, pengerusi UKP, pengisian program ini lebih kepada sharing konwledge dan sharing awareness, dimana setiap persembahan nyanyian yang disampaikan akan diselangi dengan nasihat dan mesej kepada kebaikan antaranya, pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM berkongsi khasiat makanan sunnah, manakala Imam Muda Nazrul menyampaikan ceramah ringkas berkenaan isu dan hak wanita.

”Membentuk jati diri cemerlang dan semangat berpasukan yang tinggi antara objektif yang memberi kesan kepada para peserta selain membina keyakinan diri berinteraksi dikhalayak ramai”, tambah Aizat selaku pengarah program.

Salah seorang pengunjung Nur Hidayah Abd Razak, 19, pelajar Kolej yang meminati muzik busking, sangat terhibur kerana bukan senang untuk menjalankan program luar seperti ini lebih-lebih lagi universiti swasta katanya.    Manakala, Abdul Manaf Shariff, 50, dari Rawang turut menyatakan usaha USIM ini sebagai satu pendekatan yang bagus kerana memberi persembahan muzik Islam santai yang memberi manfaat dengan berkongsi nasihat dan doa kepada orang muda khususnya yang menghabiskan masa yang tidak memberi faedah.

Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM turut mengatakan program ini merupakan satu branding USIM kepada pengunjung khususnya, universiti Islam seperti USIM adalah versatile mendekati masyarakat dengan menyampaikan dakwah secara persembahan seni muzik. Program ini juga merupakan CSR pelajar kepada masyarakat di Sekitar Lembah Klang dalam menyampaikan mesej, nasihat dan doa.

Program yang berlangsung selama dua jam ini turut dihiburkan dengan persembahan seni seperti deklamasi puisi, dikir barat dan beberapa artis jemputan seperti Siso Kopratasa, Akusuka Buskers, dan I’m Muzika dan Asrul rajalawak sebagai pengacara program.

Di akhir program Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad turut mendeklamasi puisi bertajuk ’kedamaian’, yang menyeru kita sebagai rakyat Malaysia harus saling mendamaikan sesama kita, menghargai makna keadilan dan mencintai kesejahteraan.

Turut hadir sama pada program itu ialah Pengarah Pusat Kebudayaan Encik Ismail Ahmed, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Datuk Mohd Noordin Abbas, Puan Che Azizah Che Rasyid Timbalan Ketua Pengarah JPW, Prof. Madya Dr. Muhammad Shamsir Mohd Aris Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Encik Wady Hamdan Presiden Malaysian Buskers Club.

Disediakan oleh :

Noorumaina Mohamed Yunus

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204