SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-5 FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA
Program khas sempena ulangtahun kelima Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) diadakan untuk menunjukkan rasa sayang, penghargaan dan kesyukuran dengan penubuhan serta pencapaian FPBU sehingga kini. Kejayaan FPBU mengorak langkah tahun demi tahun mencerminkan bukan sahaja kejayaan para pelajarnya tetapi juga para pensyarah dan pihak pengurusan fakulti. Program khas ini penting untuk membakar semangat pihak FPBU [...]