Geran Sumbangan UNESCO Memperkukuhkan Libatsama Masyarakat Cyber Hasanat Di SMKA SHAMS
SEREMBAN - Seramai 53 mahasiswa Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat), Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), telah berjaya melaksanakan program libat sama masyarakat bertajuk "Cyber Hasanat: Lindungi Identiti, Bersama Memacu Transformasi Digital" di bawah inisiatif Service Learning Malaysia-University Society (SULAM) pada 22 Mei 2024 baru-baru ini. Program ini bertemakan Kesedaran Keselamatan [...]