Model Writing Centre Universiti Hiroshima Jadi Panduan USIM
Apabila menyebut Writing Centre, beberapa perkara mesti bermain di benak kita. Antaranya ialah latihan menulis, perkhidmatan suntingan teks dan perkhidmatan bacaan pruf. Namun, konsep Writing Centre (WRC) di Universiti Hiroshima agak unik kerana memfokus kepada penulisan akademik dalam kalangan pelajar dan staf dengan memberi khidmat nasihat penulisan secara percuma. [...]