USIM tumpu inisiatif membangunkan kecerdasan buatan syariah untuk manfaat ummah

NILAI, 28 Februari – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berhasrat untuk menerajui inisiatif membangunkan Kecerdasan Buatan (AI) berkaitan Syariah yang berpotensi membantu dalam penyelesaian isu yang dihadapi oleh umat Islam. Antara isu asas yang sering menjadi perbincangan dalam kalangan umat Islam di Malaysia dan global adalah pembahagian faraidh, solat, puasa, haji dan halal. USIM meyakini [...]

By |2025-02-28T16:14:14+08:00February 28th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Program Eksekutif Pembimbing Ibadah Haji (EPIH) 2025 Perkukuh Pemahaman Ibadah Haji dan Umrah

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Program Eksekutif Pembimbing Ibadah Haji (EPIH) 2025, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Program yang berlangsung dari 13 Januari hingga 24 Februari 2025 ini bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman peserta mengenai pendidikan dan pengurusan berkaitan ibadah Haji serta Umrah. EPIH 2025 memfokuskan kepada pengorbanan dan pengajaran yang berkualiti [...]

By |2025-03-10T16:34:18+08:00February 25th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

USIM Sokong Inisiatif Akses Terbuka Tesis dan Disertasi Universiti Awam

PUTRAJAYA – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) komited dalam menyokong inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Awam Malaysia bagi memperluaskan akses terbuka terhadap tesis dan disertasi akademik, yang dilancarkan dalam satu majlis rasmi di Hotel Marriott Putrajaya, 13 Februari 2025 baru-baru ini. Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ini turut disertai oleh wakil Jawatankuasa Naib-naib [...]

By |2025-02-27T10:25:43+08:00February 23rd, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

USIM perkukuh jaringan antarabangsa, tandatangani lima MoU dengan Universiti Uzbekistan  

TANJUNG MALIM – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh jaringan akademiknya di peringkat antarabangsa dengan menandatangani lima Memorandum Persefahaman (MoU) dengan universiti terkemuka di Uzbekistan. Majlis pertukaran MoU ini berlangsung sempena 1st Malaysia-Uzbekistan Higher Education Forum and Showcase yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada [...]

By |2025-02-22T14:53:47+08:00February 22nd, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Peranan Universiti dalam Sains Islam

Persidangan pertama dunia mengenai pendidikan Islam (First World Conference of Muslim Education)  di Mekah pada tahun 1977 telah menekankan kepentingan transformasi sistem pendidikan ke arah pembinaan keperibadian manusia yang seimbang samada di peringkat individual dan komuniti. Transformasi ini adalah penting dalam usaha kebangkitan umat Islam  kesan kemunduran akibat penjajahan dan kemerosotan [...]

By |2025-02-21T17:14:51+08:00February 21st, 2025|In our words|

Kelab Seni Budaya Kebudayaan raih Anugerah  Berprestij AKSIS USIM

NILAI -  Anugerah Kecemerlangan Siswa (AKSIS) kali-13 menyaksikan Kelab Seni Budaya, Pusat Kebudayaan USIM berjaya meraih empat anugerah berprestij, termasuk Anugerah Khas Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU). Selari dengan hasrat untuk meningkatkan keterlihatan USIM dalam pelbagai bidang, AKSIS mengiktiraf sumbangan serta pencapaian pelajar yang telah banyak melakar kecemerlangan di pelbagai peringkat glokal mahupun global khususnya [...]

By |2025-03-03T10:53:15+08:00February 20th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Simuniaga: Pendekatan Inovatif dalam Pembelajaran Perakaunan dan Implikasinya terhadap Masyarakat

Pengenalan Perubahan pesat dalam teknologi, globalisasi, dan transformasi digital menuntut sistem pendidikan yang lebih dinamik dan responsif terhadap perkembangan industri. Oleh itu, pendekatan pembelajaran yang lebih praktikal dan inovatif amat diperlukan bagi memastikan pelajar bukan sahaja menguasai teori tetapi juga mampu mengaplikasikannya dalam situasi sebenar, di mana ianya  perlu bergerak [...]

By |2025-02-20T16:22:38+08:00February 20th, 2025|In our words|

Siswa USIM ‘lincah’ Gunting Rambut Anak Komuniti Sekitar Kampus

NILAI-Persis tukang gunting rambut berpengalaman, tiga orang siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) lincah dan cekap menggunting rambut anak-anak komuniti yang tinggal berdekatan kampus. Mereka menyumbang kemahiran yang dimiliki sempena penganjuran Program Kembali ke Sekolah ‘Gunting Rambut Rahmah’ anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Desa Kolej dengan kerjasama Sekretariat Pelajar Luar Kampus (OCSS) USIM yang diadakan [...]

By |2025-03-07T11:56:23+08:00February 15th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Daging Kultur: Cabaran, Peluang dan Masa Depan dalam Industri Halal

Daging kultur atau dalam istilah lainnya daging hasilan makmal merujuk kepada daging yang dihasilkan di luar dari badan haiwan yang asal di dalam persekitaran yang terkawal. Secara amnya daging yang dihasilkan ini adalah sama dari segi rupa, rasa dan kandungan nutrisi seperti daging yang asal walaupun ianya dihasilkan di dalam [...]

By |2025-02-05T12:07:51+08:00February 5th, 2025|In our words|

USIM Lancar Iqra’ Centre for Ummah, Pusat Kecemerlangan Quran untuk Masyarakat Sempena Amanat Naib Canselor 2025

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memulakan langkah 2025 dengan pelancaran Iqra’ Centre for Ummah, sebuah pusat kecemerlangan al-Quran yang bakal menjadi rujukan utama dalam bidang tajwid, tarannum, tahfiz, tafsir, tadabbur, qira’at serta mushaf. Pelancaran pusat ini dibuat secara rasmi dalam Amanat Naib Canselor 2025 yang berlangsung pada 24 Januari 2025 baru-baru ini. Penubuhan [...]

By |2025-02-03T17:25:23+08:00February 3rd, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|
Go to Top