KUALA MUDA, 30 Ogos 2014 -Meraikan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-57 dan Hari Malaysia, 43 Pegawai Inspektor Sukarelawan Kor Suksis Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil pendekatan mengadakan Program Khidmat Masyarakat bersama pelajar Sekolah Menengah Akademi Hj. Abdullah Suboh bagi berkongsi ilmu dan pengalaman mereka berkaitan akademik dan alam Universiti baru-baru ini. Program ini juga merupakan salah-satu bentuk latihan berterusan dan penerapan kemahiran insaniah untuk masa hadapan kepada para pelajar USIM yang terlibat.
Mendapat kerjsama baik daripada Balai Polis Kuala Muda, Kedah, pelbagai aktiviti diatur untuk 31 pelajar Tingkatan Empat sekolah berkenaan yang terdiri daripada 14 pelajar lelaki dan 17 perempuan bertempat disekitar Merdeka Beach Resort Kuala Muda, Kedah.
Menurut Pengarah Program, Saudara Mohd Firdaus Idris, 22 pelajar jurusan Pengurusan Dakwah, Fakulti aktiviti-aktiviti yang berkata kesemua pengisian program yang dijalankan bertemakan Pendidikan Islam dan patriotisma bersesuaian dengan sambutan bulan Kemerdekaan.
“Antara slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dibuat adalah ‘Islam danSekular’; ‘Zero to Hundreds, Hundreds to Zero’; promosi program akademik di USIM; dan tayangan video. Program selama satu hari bersama para pelajar berakhir lewat petang dan mereka amat gembira dengan program yang diaturkan ini.Objektif setiap pengisian dilihat berjaya mencapai matlamat dan ini menggembirakan saya dan rakan-rakan Suksis yang terlibat” tambahnya lagi.
Pada sebelah malam, Program Makan Malam Pegawai Inspektor Sukarelawan Suksis USIM bersama Pegawai-pegawai Penyelaras dan jurulati Kor Suksis telah diadakan sebagai penghargaan sempena pentauliahan tamat latihan Kor Suksis IPTA di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah Profesor Dato’ Dr. Mohames Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) merangkap Komandan Suksis USIM bersama wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda. Mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis pentauliahan diberikan hadiah dan sijil penghargaan.
Disediakan oleh :
Zaini Othman
PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204