PENCALONAN BAGI JAWATAN NAIB CANSELOR DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan/Fakulti/Pusat/Bahagian YBhg. Dato’/Datin/ YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mencalonkan staf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Naib Canselor di Universiti Sains Islam Malaysia.
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan iklan berhubung pengisian jawatan berkenaan untuk dimaklumkan kepada staf seliaan YBhg. Dato’/Datin/YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan. Sebarang pencalonan hendaklah dikemukakan secara rasmi dengan menyatakan ulasan/justifikasi pencalonan kepada Pendaftar USIM dan hendaklah dihantar selewat-lewatnya sebelum atau pada 3 Disember 2026 (Khamis).
Kerjasama YBhg. Dato’/Datin/YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan selanjutnya dalam memanjangkan hebahan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.