Latar Belakang Pusat Perumahan Pelajar

Pusat Perumahan Pelajar telah ditubuhkan bertujuan untuk  mengurus dan menyediakan penginapan yang kondusif sebagai pelengkap melahirkan graduan yang seimbang di samping menawarkan perkhidmatan dan fasiliti untuk  keselesaan penghuni.

Fungsi Pusat Perumahan Pelajar

  1. Mengurus dan menyelaras operasi dan kewangan enam (6) kolej kediaman dengan lima (5) daripadanya terletak di Kampus Nilai dan satu (1) terletak di Kampus Pandan.
  2. Mengurus dan menyelaras penggunaan Tabung Pengetua yang bersumberkan Yuran Aktiviti Kolej Kediaman. ž
  3. Menyelenggarakan dan mengurus kemudahan asas termasuklah perabot (katil, meja belajar, kerusi, almari pakaian), peralatan (kipas, langsir) serta perkhidmatan lain seperti siaran TV berbayar, capaian internet dan mesin basuh layan diri.
  4. Menguruskan keperluan penyelenggaraan fizikal dan penginapan luar di kolej-kolej kediaman dengan kerjasama pengurusan kolej kediaman masing-masing.
  5. Bertanggungjawab terhadap keperluan aktiviti dan kebajikan pelajar yang tinggal di luar kampus yang diselaraskan oleh Pejabat Pengurusan Pelajar Luar Kampus.

Senarai Kolej Kediaman

  1. Kolej Kediaman 1 (KK1)
  2. Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI)
  3. Kolej Kediaman Acacia Avenue (KKAA) & Desa Jati (KKDJ)
  4. Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC)
  5. Kolej Kediaman Pandan (KKP)