Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah Universiti Awam yang diperbadankan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi mempelawa calon-calon berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Gred VU6 seperti berikut:

1. Jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
2. Gred Gred Utama B (VU6)
3. Taraf Lantikan Pertukaran Sementara/Peminjaman/Kontrak
4. Tempoh Lantikan Tiga (3) tahun (tertakluk kepada keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi)
5. Kelayakan

Tawaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Telah menyandang sekurang-kurangnya jawatan Pensyarah Universiti Gred Khas C dengan gelaran Profesor dan berkelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) atau setaraf serta berpengalaman memimpin dan mengendalikan perihal akademik dan antarabangsa;
  • telah mengikuti Program Penilaian Bakat Kepimpinan Pendidikan Tinggi yang dikendalikan oleh Akademik Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) sebelum permohonan dikemukakan; dan
  • telah mengikuti saringan penilaian bakat oleh USIM (pemohon akan dihubungi jika belum pernah mengikuti saringan ini).
6. Kriteria Umum

Kriteria umum berdasarkan Garis Panduan dan Kriteria Pemilihan Timbalan Naib Canselor Universiti Awam adalah seperti berikut :

  • Kecemerlangan Akademik
    Calon mestilah mempunyai kelayakan PhD, mendapat command of respect dalam kalangan rakan sejawat, mempunyai rekod cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan jurnal berwasit antarabangsa, inovasi dalam pengajaran dan cemerlang dalam khidmat profesional.
  • Pengiktirafan Antarabangsa
    Calon mestilah diiktiraf oleh peers antarabangsa sebagai pakar dalam bidangnya, mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh, pernah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari organisasi terkemuka luar negara.
  • Kebolehan Memimpin dan Mengurus
    Calon mestilah mempunyai people skills yang boleh meneraju transformasi, mempunyai gagasan, visi dan misi serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kecemerlangan akademik, ditambah dengan kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap. Pengalaman dan rekod cemerlang pimpinan akademik merupakan antara ciri utama dalam menentukan kebolehmampuan calon.
  • Reputasi
    Calon mestilah bersedia tampil sebagai suri teladan kepada semua peringkat staf, mempunyai pengalaman dan proven track record serta disanjung baik serta dihormati oleh masyarakat kampus dan luar.
  • Personaliti
    Calon mestilah seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, team player, serta mempunyai motivasi dalaman untuk memacu kecemerlangan Universiti. Calon juga mestilah memahami aspirasi negara untuk membangunkan modal insan bermentaliti kelas pertama.
  • Lain-lain kriteria yang difikirkan sesuai berdasarkan niche area Universiti.
7. Kriteria Khusus

Kriteria khusus berdasarkan Garis Panduan dan Kriteria Pemilihan Timbalan Naib Canselor Universiti Awam adalah seperti berikut :

  • Mempunyai PhD dan Kelayakan Profesional
    Calon perlu mempamerkan kewibawaan khususnya kelayakan akademik tertinggi PhD kerana penyandang akan bertanggungjawab mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Guru di peringkat Universiti, selain mempunyai kelayakan profesional yang bersesuaian bagi melancarkan pelaksanaan proses akreditasi sebagai salah satu bidang tugas utama seorang Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).
  • Berpengalaman dalam Pembentukan Kurikulum (curriculum design)
    Calon bertanggungjawab dalam agenda kritikal pengajaran dan pembelajaran dan mestilah mahir mengendalikan kurikulum yang seimbang dan bersepadu. Calon juga merupakan sekretariat dan pihak berwajib kepada Senat yang diberi kuasa yang lebih dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dalam rekabentuk kurikulum Universiti.
  • Pakar Pengajaran dan Pembelajaran
    Calon haruslah mempamerkan kewibawaan dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran. Calon perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai aspek-aspek berikut iaitu Pembelajaran Berpusatkan Pelajar, Pembelajaran Berasaskan Masalah, Pendekatan Berasaskan Projek Berorientasikan Masalah, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Penaksiran dan Outcome Based Education.
  • Kecemerlangan Penyelidikan dan Penerbitan
    Calon mestilah mempuyai rekod yang cemerlang dalam hasil penyelidikan dan penerbitan serta telah dilantik sebagai profesor. Ini kerana sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Guru, calon bertanggungjawab menentukan tanda aras calon Profesor Madya. Oleh itu, calon hendaklah cemerlang dalam penyelidikan, telah menerbitkan artikel dalam jurnal berwasit, berimpak tinggi serta mendapat pengiktirafan antarabangsa.
  • Pengalaman Sebagai Penyelia yang Berjaya
    Calon juga perlu mempunyai rekod cemerlang dalam penyeliaan pasca-siswazah (Sarjana & PhD) dengan jayanya. Ini kerana Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bertanggungjawab dalam mempengerusikan Jawatankuasa Senat bagi Pengajian Siswazah dan menjadi penimbang tara bagi isu-isu akademik pengajian siswazah.
  • Hal Ehwal Antarabangsa
    Calon akan ditugaskan untuk mempromosikan program akademik dan mobiliti pelajar di peringkat antarabangsa. Oleh itu, pengalaman dan kebolehlihatan di peringkat antarabangsa perlu dimiliki oleh penyandang. Calon harus mempunyai hubungan yang luas dan reputasi yang baik di peringkat serantau dan antarabangsa.
8. Kriteria Tambahan

Keutamaan kepada calon-calon yang memiliki kriteria-kriteria tambahan seperti berikut:

  • memiliki kesediaan dan keazaman untuk mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli dalam pembentukan kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran di USIM;
  • memiliki pengetahuan yang mendalam tentang falsafah Pendidikan Islam;
  • memahami konsep tentang Pendidikan Islam dalam masyarakat majmuk;dan
  • memiliki komitmen untuk melaksanakan epistimologi Islam dalam pendidikan tinggi.

Cara Permohonan

Permohonan bagi jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Gred VU6 perlulah dikemukakan secara rasmi beserta dokumen-dokumen seperti berikut:

  • Surat permohonan rasmi

  • Ringkasan Curriculum Vitae (CV) Kepimpinan seperti di Lampiran 1
    (CV lengkap yang merangkumi latar belakang peribadi, latar belakang pendidikan dan kerjaya, anugerah dan hadiah yang diterima, sumbangan-sumbangan besar kepada pembangunan Universiti dan Negara perlu disertakan bersama)

  • Sekeping gambar terkini berukuran pasport (Rujuk Lampiran 1)

  • Salinan sijil

  • Kertas cadangan ringkasan mengenai wawasan dan perancangan jangka pendek serta jangka panjang sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

  • Laporan Tapisan Keselamatan Kasar dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (calon daripada luar USIM sahaja)

  • Dokumen-dokumen sokongan yang lain.

Lampiran 1 – Ringkasan Curriculum Vitae (CV) Kepimpinan

Muat turun lampiran berikut

Muat Turun
  • Calon-calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria sahaja akan disaring untuk disenarai pendek dan dipanggil temuduga.

  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

    YM Raja Mariam Raja Mohd Esa
    Ketua Bahagian
    Bahagian Governan dan Pentadbiran
    Jabatan Pendaftar
    Universiti Sains Islam Malaysia
    Nombor Telefon : 06-798 8123
    E-mel: rajamariam@usim.edu.my

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

PENDAFTAR
Universiti Sains Islam Malaysia
Aras 2, Bangunan Canselori
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel. : 06-7988101/8123/8122/6021
Faks. : 06-7993843/06-7988130

Tarikh tutup permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 November 2023 (Isnin)