Mengimbangi dua dunia: Graduan USIM bukti kehebatan hafalan dan kejuruteraan
NILAI – Minat mendalam terhadap bidang kejuruteraan sejak kecil telah mendorong Firdaus Zaid, 23, mencapai kejayaan membanggakan apabila berjaya menggenggam ijazah dalam Kejuruteraan Elektronik pada Sidang Kedua di Majlis Konvokesyen Ke-22 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini. Firdaus, anak kelima daripada tujuh beradik dari Dungun, Terengganu, turut mempunyai latar belakang istimewa sebagai seorang hafiz [...]