Dialisis Bukan Penghalang: Aliaa Genggam Ijazah Dengan Kekuatan Luar Biasa
NILAI – Keazaman seorang graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menamatkan ijazah sambil bergelut dengan ujian kesihatan wajar dijadikan inspirasi. Aliaa Yasmin Kamal, 24, graduan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, merupakan anak keempat daripada lima beradik dari Puchong, Selangor. Perjalanan akademiknya yang bermula pada 2019 berubah secara drastik apabila pemeriksaan kesihatan bagi kemasukan program Tamhidi mengesan [...]









