Tak kenal erti menyerah, Ahmad Feroz raih Ijazah pada usia 41 tahun
NILAI – Usia bukanlah penghalang untuk mengejar impian. Itulah yang dibuktikan oleh Ahmad Feroz Abdul Samad, 41 tahun, apabila berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian daripada Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Hari yang penuh bermakna ini disaksikan oleh ibunya yang tercinta, seorang suri rumah sepenuh masa berusia 82 [...]