Kembar Palestin pilih USIM sebagai destinasi pengajian

NILAI – Kehadiran sepasang kembar dari Palestin, Mohamed Tariq Mansour Wafi dan Mansour Tariq Mansour Wafi, mencuri perhatian apabila kedua-duanya mendaftarkan diri sebagai pelajar baharu Sarjana Muda di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi Sesi Akademik 2025/2026 hari ini. Berusia 19 tahun, Mohamed Tariq kini mengikuti pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian di Fakulti [...]

By |2025-09-23T19:18:47+08:00September 23rd, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

USIM Pilihan Pertama Izzati Sambung Pengajian Pendidikan Islam

NILAI – “Saya bercita-cita untuk menjadi Guru Agama. Sebab itu USIM jadi pilihan pertama saya untuk sambung pengajian di sini,” kata Nur Izzati Hazwani Mohamad, 20, dari Kampung Melayu Dit, Sarawak. Izzati merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Saratok, Sarawak. “Ini kali pertama saya berjauhan dengan keluarga demi [...]

By |2025-09-23T17:42:06+08:00September 23rd, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Terbang Solo dari Bangladesh, Israt Jihan Sertai USIM sebagai Pelajar Baharu

NILAI, 23 September 2025 – Berbekalkan semangat dan harapan keluarga, Israt Jihan Umme, 20, tiba sendirian dari Dhaka, Bangladesh untuk mendaftar sebagai pelajar baharu program Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) Fakulti Sains dan Teknologi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi sesi akademik 2025/2026. Israt, anak sulung daripada dua beradik, tiba di [...]

By |2025-09-23T17:39:08+08:00September 23rd, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

USIM Terima Duta Besar Yaman sebagai Pelajar PhD

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima kehadiran istimewa apabila Duta Besar Republik Yaman ke Malaysia, Dr. Adel Mohamed Ali Ba Hamid, mendaftar sebagai pelajar baharu pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengurusan Sumber Manusia di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Pendaftaran rasmi beliau berlangsung di Dewan Tuanku Canselor (DTC), USIM, sempena Hari Pendaftaran Pelajar [...]

By |2025-09-23T17:19:11+08:00September 23rd, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Ziarah Kasih USIM: Bantuan Awal Ringankan Beban Bakal Mahasiswa B40

NILAI  – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh komitmen menjaga kebajikan mahasiswa dengan melaksanakan program Ziarah Kasih ke kediaman bakal pelajar di sekitar Negeri Sembilan. Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah bersama Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, Encik Md. Ishah Rahman, melibatkan tiga [...]

By |2025-09-24T10:11:46+08:00September 22nd, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

USIM Perkukuh Peranan Global, jadi Rakan Strategik IPC 2026 anjuran MABOPA

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatat sejarah apabila muncul sebagai universiti awam pertama dilantik sebagai rakan strategik bagi penganjuran International Publishers Congress (IPC) 2026. Sebagai rakan strategik, USIM akan memainkan peranan penting termasuk mengendalikan penstriman rasmi (official streaming) IPC 2026 selain menyediakan fasiliti dan pengurusan bagi penceramah antarabangsa sepanjang kongres berlangsung. IPC 2026 [...]

By |2025-09-18T17:04:41+08:00September 18th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

39 Pegawai Kadet PALAPES USIM ditauliah Dalam Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-43

SERDANG - Seramai 39 Pegawai Kadet Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (LtM) dalam Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam (UA) Ke-43 yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 13 September 2025. Secara keseluruhan, istiadat penuh tradisi ketenteraan ini telah [...]

By |2025-09-17T12:29:12+08:00September 17th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Membaca Tanpa Buku: Human Library USIM Singkap Kisah Inspirasi di Sebalik Meja Kerja

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melakar langkah baharu dalam memupuk budaya ilmu dengan memperkenalkan program Human Library, sebuah inisiatif oleh Jabatan Perpustakaan yang membuka ruang kepada staf USIM untuk berkongsi kisah hidup, cabaran, serta bakat luar biasa yang tersembunyi di sebalik tugasan rasmi mereka. Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Naib Canselor USIM, Prof. [...]

By |2025-09-11T17:01:45+08:00September 11th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

USIM Santuni Komuniti: 150 Sukarelawan Jayakan Program Sekolah Angkat MADANI di SMAN

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) telah menganjurkan Program Komuniti Sekolah Angkat MADANI 2025 berbentuk University Service Responsibility (USR) di Sekolah Menengah Agama Nilai (SMAN) semalam, 10 September 2025. Program yang disertai oleh hampir 150 peserta yang terdiri daripada guru dan pelajar SMAN, kakitangan USIM serta [...]

By |2025-09-11T16:48:32+08:00September 11th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Staf USIM Serlah Bakat Seni di Pentas SERUMPUN Suara Merdeka 2025

NILAI – Seramai 10 staf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) daripada enam jabatan tampil berentap dalam Sayembara SERUMPUN Suara Merdeka 2025 yang berlangsung di Ruknu Arabi, Perpustakaan USIM semalam, 10 September 2025. Dengan mengangkat tema “Ekspresi Jiwa, Suara Merdeka”, program anjuran Pusat Kebudayaan dengan kerjasama Pusat Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendaftar dan Pusat Penerbit ini [...]

By |2025-09-12T16:40:55+08:00September 11th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|
Go to Top