Sokongan USIM beri semangat Rozhatul Akmal teruskan pengajian
KEPONG – Kehilangan ayah pada April 2025 tidak mematahkan semangat Rozhatul Akmal Abu Bakar untuk meneruskan pengajian ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), apabila bakal mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) itu menerima sokongan menerusi Program Ziarah Kasih USIM. Rozhatul Akmal yang merupakan anak sulung daripada dua beradik dibesarkan oleh ibunya yang kini menjadi ibu [...]









