USIM Catat 91.83 Peratus Pelajar Keluar Mengundi Dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2023/2024
NILAI – Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2023/2024 semalam berlangsung dengan lancar dan aman dan menyaksikan 91.83 peratus pelajar turun mengundi berbanding 83.73 peratus pada tahun lepas. Keputusan ini merupakan antara yang tertinggi dicatatkan oleh Universiti Awam. Sebanyak sembilan kerusi umum dan 18 kerusi fakulti menjadi rebutan calon-calon yang bertanding. [...]