Bersedia ke peringkat global: USIM terus memacu kecemerlangan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertekad untuk mengukuhkan reputasi institusi di peringkat global tanpa melupakan asal-usul penubuhannya. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM, pada Majlis Amanat beliau yang berlangsung pada 20 Februari 2024 di Dewan Tuanku Canselor berkata USIM bersedia untuk menjadi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terkemuka dalam bidang sains Islam. [...]








