USIM bakal terima 1654 pelajar baharu program Tamhidi Sesi Akademik 2021/2022
NILAI, 21 Julai 2021 –Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menawarkan sebanyak 1654 tempat kepada calon lepasan SPM ke program Tamhidi bagi Sesi Akademik 2021/2022. Pendaftaran pelajar baharu secara dalam talian yang dijangka akan bermula pada 1 hingga 3 Ogos 2021 itu turut melibatkan 2 pelajar OKU, sorang pelajar bukan warganegara dan 20 pelajar bukan bumiputera. [...]