
Bagi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017 sebanyak 7 zon terlibat di seluruh negara. Pembukaan bermula di Kelantan pada Februari lalu, seterusnya Perlis, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan acara penutup bertempat Dewan Tuanku Canselor USIM, Nilai, Negeri Sembilan yang merupakan Zon Tengah (Zon 7) yang menjadi tumpuan khalayak sekitar Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat secara terus program akademik dan peluang pendidikan yang ditawarkan .
Para pelajar lepasan SPM berpeluang berhubung terus di kaunter pendidikan Universiti Awam yang terlibat. Sebanyak 150 booth pameran disediakan yang mana antara pengisian utama adalah pameran pendidikan termasuklah kaunter oleh pusat pembiaya pendidikan. Terdapat juga seminar kemasukan pelajar yang dibuka kepada kaunselor dan guru-guru sekolah untuk mendapat pendedahan maklumat dan informasi berkenaan kursus-kursus ditawarkan bagi menyalurkan maklumat kepada pelajar lain di sekolah tentang bagaimana membuat pemilihan tempat kursus yang tepat dari program-program yang ditawarkan di Universiti Awam.
“Penganjuran KPTN amat dinanti saban tahun kerana ia adalah Pusat Sehenti (One Stop Centre) yang bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf”, ujar Prof. Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor USIM.
Pelbagai program iringan telah diaturkan antaranya Pameran Pendidikan di Perkarangan Kompleks Sukan Tunku Najihah, Taklimat Kerjaya, kaunter UPU, Kuiz, Pertandingan Mewarna dan melukis, Pameran Penyelidikan, Demo Sukan Memanah/Lawan Bowls/Petangue, Persembahan kebudayaan USIM Buskers, jualan foodtruck dan pelbagai lagi. Turut menampilkan persembahan menarik dari Artis Siti Nordiana, Caliph Buskers dan penampilan Didi & Friends.
Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato Dr Mary Yap Kain Ching. Turut hadir YBhg. Datuk Nik Ali bin Mat Yunus,Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan,Kementerian Pendidikan Tinggi; YBhg. Dato’ Kamel Mohamad,Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Pendidikan Tinggi;YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi; YBhg. Dato’ Amir bin Md Noor , Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.
Disediakan oleh:
Syazlyna Jamil
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

