Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak terima Anugerah Tokoh Akademik Negara Ke-11
Nilai, 6 November 2017- Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diberi pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara ke-11 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi di Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) bertempat di Hotel Mariott Putrajaya pada 3 November 2017. Di majlis tersebut penganugerahan disampaikan oleh YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi [...]