About StraComm USIM [Umaina]

This author has not yet filled in any details.
So far StraComm USIM [Umaina] has created 2749 blog entries.

Alumni USIM wakafkan keperluan di Kompleks Islam USIM

NILAI, 22 Jun  2017 - Memanfaatkan ganjaran pahala berterusan dengan amalan berwakaf dan keberkatan pengakhiran Ramadan, sekumpulan alumni Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif mewakafkan beberapa keperluan ke Kompleks Islam USIM. Sebanyak dua unit kerusi roda dan empat kipas tiang disumbangkan oleh wakil kumpulan alumni FST, Encik Mohd Syafaat [...]

Naib Canselor dan Pragmatis USIM agih sahur kepada petugas Beruniform

NILAI, 10 Jun 2017 – Pengorbanan pasukan beruniform seperti polis dan bomba yang sentiasa bersiap-siaga 24 jam untuk keselamatan dan keharmonian masyarakat sentiasa di hargai. Justeru itu, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ihtisas (PRAGMATIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada baru-baru ini menyantuni para petugas beruniform pada awal pagi untuk menyerahkan sumbangan juadah sahur kepada mereka. [...]

Berpuasa di bulan Ramadan madrasah terbaik lentur peribadi anak-anak

Bulan Ramadan merupakan waktu terbaik untuk umat Islam melaksanakan amal ibadah kerana telah dijanjikan oleh Allah Taala akan keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sayugia, ibadah puasa di bulan Ramadan merupakan tunjang amalan ketiga dalam Rukun Islam dan semua umat Islam tidak kira usia perlu sedar kewajipan untuk [...]

By |2017-06-16T08:47:21+08:00Jun 14th, 2017|In our words|

Khutbah Jumaat USIM Mesra OKU


NILAI, 9 Jun 2017- Penyampaian khutbah Jumaat di Kompleks Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berbeza dari khutbah Jumaat di tempat lain apabila turut disampaikan melalui bahasa isyarat. Pusat Islam USIM dengan kerjasama Yayasan Faqeh menyediakan seorang penterjemah bahasa isyarat dalam setiap khutbah Jumaat yang disampaikan setiap minggu. Bermula pada solat Jumaat hari ini, Sukarelawan [...]

2500 Jemaah tunai solat Jumaat pertama di Kompleks Islam USIM

NILAI , 2 Jun 2017 - Kompleks Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) secara rasmi diberi kebenaran oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan untuk menjadi tempat menunaikan Solat Jumaat mulai Jumaat hari ini. Teks pengisytiharan kebenaran solat Jumaat dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan tersebut dibacakan secara rasmi oleh Tuan Haji Nor Azamir Alias, Timbalan Mufti Kerajaan [...]

USIM bawa pulang 6 Emas, 3 Perak di ITEX 2017

NILAI, 13 Mei 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi mengulangi kejayaan di pentas Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2017 (ITEX 2017) apabila berjaya membawa pulang 6 emas dan 3 perak apabila 9 kumpulan kakitangan akademik turut serta bagi penyertaan 9 produk. Permainan bertemakan zakat antara yang mendapat emas dinamakan Global Zakat [...]

Pelalian Human Papilloma Virus (HPV)

Pelalian Human Papilloma Virus (HPV) Apakah Kanser Servik? Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat [...]

By |2017-05-31T08:49:14+08:00Mei 28th, 2017|In our words|

Badan Beruniform main peranan sebagai duta kecil Universiti

NILAI, 24 Mei 2017 – Keunikan keperibadian baik secara zahir atau dalamannya dikalangan anggota beruniform yang dianggotai oleh mahasiswa-mahasiswi menjadikan mereka boleh memainkan peranan yang baik apabila berhadapan dengan masyarakat luar kampus. Kelebihan yang dimiliki hasil penyertaan dalam badan beruniform menjadikan mereka berbeza daripada pihak (mahasiswa) yang lain. Perkara ini ditegaskan oleh Penguasa Kanan Bomba [...]

Wacana Ilmu: “Kampus Barakah: Integrasi Ilmu Naqli Aqli”

NILAI, 16 MEI 2017 -  Perkongsian idea dan perbincangan di Majlis Wacana Ilmu bertajuk “Kampus Barakah: Integrasi Ilmu Naqli Aqli” membariskan panel pengurusan universiti dan pelajar diadakan bersempena Sambutan Hari Buku Sedunia Peringkat USIM bertempat di ruang legar Perpustakaan USIM. Barisan panel adalah Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor, Encik Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar [...]

Tan Sri LPU kongsi pengalaman bersama Barisan Al-Kuttabul Mua’sirun

NILAI, 21 April 2017 - Lebih 40 orang Barisan Al-Kuttabul Mua’sirun dikalangan staf dan pelajar menyertai bengkel bertajuk ‘Sharing Knowledge : Why Scholars Should Write In The Media’ bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) USIM, YBhg. Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak. Bengkel itu dianjurkan oleh Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) di Lounge Aras 6, [...]

Go to Top