NILAI, 21 April 2017 – Lebih 40 orang Barisan Al-Kuttabul Mua’sirun dikalangan staf dan pelajar menyertai bengkel bertajuk ‘Sharing Knowledge : Why Scholars Should Write In The Media’ bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) USIM, YBhg. Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak.
Bengkel itu dianjurkan oleh Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) di Lounge Aras 6, Bangunan Canselori USIM, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.
YBhg. Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata bengkel itu bertujuan bagi memberi pendedahan kepada Barisan Al-Kuttabul Mua’sirun untuk mewujudkan kesarjanaan penulis universiti dalam memberi maklumbalas serta buah fikiran terhadap isu semasa dan medium bagi membudayakan perkongsian penulisan dalam menyampaikan saranan yang bersifat intelektual terhadap isu-isu berkepentingan di samping menyalurkan aspirasi USIM kepada umum.
“Bengkel ini juga bertujuan berkongsi pengalaman, idea serta bertukar-tukar pendapat bersama para Barisan Al-Kuttabul Mua’sirun dengan mereka yang arif dalam bidang kepakaran masing-masing,” katanya.
Manakala Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam ucapannya turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang ditonjolkan oleh Pengerusi LPU kerana bakat dan pengalaman beliau dapat dikongsikan bersama barisan pendidik dan pelajar, dan berharap bengkel seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Disediakan oleh:
Amizul Aziz
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204