Aktif Debat Bahasa Arab peringkat Antarabangsa, bukan penghalang Suwaibah dan Syamim raih Anugerah Pelajaran DiRaja Pingat Jaya Cemerlang
NILAI, 23 November 2021 - Graduan Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi Dengan Kepujian dari Fakulti Pengajian Bahasa dan Utama, Suwaibah Mustapha,23, telah dianugerahkan dengan Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) di Majlis Konvokesyen ke-19 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Anak ketujuh dari Sembilan beradik ini mendapat Pendidikan Rendah di Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi. [...]