About StraComm USIM [Umaina]

This author has not yet filled in any details.
So far StraComm USIM [Umaina] has created 2046 blog entries.

Program Kesukarelawanan Temukan Mujahid dengan Isteri

NILAI, 27 November 2019 - Muhammad Mujahid Yusup, 25, dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Darul Quran berjaya menamatkan pengajian bersama isteri tercinta Nabila Huda Emran, 24, di Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia Ke-17 2019. Anak kelahiran negeri Terengganu ini sangat aktif dalam bidang kesukarelawanan dan berkenalan dengan isterinya melalui program-program yang disertai. Mujahid [...]

Tak Mahu Sia-Siakan Harapan Ibu Ayah untuk Sambung Belajar

NILAI, 26 November 2019- Pasangan muda suami isteri yang memiliki seorang cahaya mata berusia sebulan 6 hari berjaya mengenggam ijazah bersama-sama pada sidang pertama Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini. Pada majlis konvokesyen itu,Adrina Maira Shahrir Ariff dan suaminya Luqman Abdullah, masing-masing telah menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan [...]

Kehidupan Kembar di USIM Bagai Air Dicincang Takkan Putus

NILAI, 27 November 2019 - Seusai Majlis Konvokesyen berlangsung pada jam 12.30 tengahari, akhirnya graduan-graduan melangkah keluar dengan gembiranya meraikan detik-detik bahagia ini bersama keluarga tercinta, sahabat handai atau bersama yang tersayang. Dalam majlis tersebut tidak sah juga kalau tidak rungkai kisah-kisah menarik yang ingin dikongsikan oleh graduan. Ada yang berkongsikan pengalaman berkahwin semasa belajar, [...]

Wang Bukan Penghalang Berkahwin dan Tamat Ijazah

NILAI, 27 November 2019- Cabaran kewangan yang dihadapi tidak menghalang pasangan suami isteri dari Fakulti Syariah dan Undang-undang membina rumahtangga sekaligus berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Fiqh dan Fatwa di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Muhammad Alifnaim Muhidi, 23 menyatakan keperitan di hadapi ketika tidak mempunyai pekerjaan apatah lagi sudah bergelar suami dan baru berumahtangga pada [...]

Graduan Fakulti Pergigian Peroleh Anugerah Kokuriklum

NILAI, 27 November 2019 -  Penyertaan dalam bidang kokuriklum ketika masih belajar membolehkan Muhammad Zakwan bin Zamrin, 24, memperoleh Anugerah Kokuriklum pada majlis konvokesyen kali ke-17 Universiti Sains Islam Malaysia hari ini. “Anugerah yang saya dapat hari ni adalah anugerah kerana banyak menyertai program di zaman belajar dahulu berkaitan dengan bidang akademik dan juga ada [...]

55 sukarelawan USIM masuk kampung

TERENGGANU, 17 November 2019- Seramai 55 sularelawan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sanggup masuk kampung untuk menjalankan program kemasyarakatan bersama warga penduduk di Kg Rhu Rendang, Marang, Terengganu. Pengarah Pusat Perumahan Pelajar (PPP) USIM, En Ahmad Kamal Mustafa berkata, amalan menjalankan program sebegini sudah menjadi rutin dalam kalangan staf PPP dan menjadi signature kepada [...]

Masalah Tulang Belakang Tidak Halang Baaith untuk Cemerlang

NILAI, 27 November 2019 - Walaupun mempunyai masalah tulang belakang, ia tidak menjadi halangan kepada Ahmad Al-Baaith Mohd Ghadin, 23, untuk berjaya dan bergraduasi bersama rakan-rakan yang lain pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke-17 di sini hari ini. Sokongan dan dorongan ibu bapa, adik beradik serta rakan-rakan banyak memotivasikan Baaith untuk terus [...]

By |2019-11-28T17:53:12+08:00November 28th, 2019|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

USIM Jadi Pilihan Pendakwa Syarie

NILAI, 26 NOV - Pilihan seorang Pendakwa Syarie di Jabatan Pendakwaan Syariah, Selangor untuk mengambil Sijil Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIJAP) membuahkan hasil apabila beliau berjaya menamatkan pengajiannya di USIM pada sidang pertama Majlis Konvkesyen ke 17. Shafezan Rusli, 32, berjaya menamatkan pelajarannya setelah setahun menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan [...]

By |2019-11-28T16:00:49+08:00November 28th, 2019|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

Nocturnal Run hangatkan pembukaan rasmi Pesta Konvokesyen USIM 2019

NILAI, 24 November 2019  – Program larian yang menjadi tradisi dalam Pesta Konvokesyen (CFEST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Nocturnal Run ibarat sudah mempunyai pengikut tersendiri saban tahun. Memasuki edisi keempat larian ini diadakan, Nocturnal Run 4.0 berjaya menarik lebih 1,500 penyertaan untuk berlari sekitar kampus USIM pada Sabtu malam, 23 November 2019. Pelepasan [...]

By |2019-11-24T18:00:31+08:00November 24th, 2019|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

Abdul Salam Ahmad dinobat Pelatih Terbaik Pegawai Bomba Bantuan Siswa (PBBS)

NILAI, 17 November 2019- Anugerah pelatih terbaik keseluruhan bagi Universiti Sains Islam Malaysia dianugerahkan kepada Pegawai Bantuan Siswa Abdul Salam Ahmad bersempena Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siswa Universiti Awam 2019 di USIM. Kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh Abdul Salam sepanjang sesi latihan bersama Bomba dan Penyelamat Nilai membuktikan bahawa beliau menepati kriteria yang [...]

By |2019-11-24T18:43:46+08:00November 17th, 2019|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|
Go to Top