NILAI, 28 November 2019  – Bergelar anak petani tidak mematahkan semangat untuk berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Menurut Hidayatul Asyikin Ishak, 23, ibu bapa merupakan pendorong utama untuk beliau menamatkan Ijazah biarpun mereka hanya bekerja sebagai petani.

“ Ibu bapa saya berkerja sendiri sebagai seorang petani sejak dari zaman muda-muda lagi”.

Setiap hari rabu, ibu bapa saya akan mencari pendapatan melalui jualan sayur-sayuran” kata Hidayatul ketika ditemu ramah setelah tamat Majlis Istiadat Konvokesyen yang ke-17 di USIM.

Namun begitu, beliau pernah mempunyai hasrat untuk berhenti belajar kerana kesusahan yang di alami.

“Saya sampai satu tahap ingin berhenti belajar, tetapi ibu saya seorang yang pentingkan pendidikan, walauapa pun berlaku, saya tetap perlu kuat untuk tamatkan belajar” tambah Hidayatul lagi.

Menurut Hidayatul lagi, masalah kewangan bukan penghalang untuk berjaya, malah setiap individu perlu ada insiatif sendiri untuk mencari sumber pendapatan misalnya boleh bekerja sambilan, menjual barang-barang terpakai dan sebagainya.

Matlamat beliau adalah ingin terus mengeksploitasi setiap bidang pekerjaan yang ada sehingga menemukan bidang yang diminatinya.

 

Disediakan oleh:
Nur Amirah Zolkepli
StraCommclique
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan