NILAI, 4 Ogos 2022- Akademi Zakat (AZKA), Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah memberi sumbangan untuk menaiktaraf beberapa ruang yang dinamakan sebagai AZKA Corner dan menyumbangkan buku-buku penerbitan AZKA dan PPZ serta penerbit tersohor yang lain bagi pengisian AZKA Corner sebagai bahan bacaan untuk para pelajar dan orang awam.

AZKA Corner yang dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Ts Dr Sharifudin Md Shaarani ini diwujudkan sebagai platform bagi menyebarluaskan maklumat dan pengetahuan terkini mengenai zakat dan pengurusannya yang secara keseluruhannya dapat mendidik dan memberi lebih kesedaran kepada para pelajar dan masyarakat umum tentang keperluan menunaikan tanggungjawab membayar zakat.

Seusai perasmian, majlis diteruskan dengan penganjuran Program Webinar AZKA antara Pusat Pungutan Zakat-MAIWP dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM.

Turut hadir Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, dan Prof Madya Dr. Zurina Keifli, Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) USIM.

 

Disediakan oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan