NILAI, 10 April 2023 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berbesar hati menerima sumbangan berjumlah RM30,000.00 daripada Bank Islam Malaysia Berhad melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM bersempena Program Musaadah4Student anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru-baru ini di Galeri HEP,USIM.

Penyerahan replika cek telah disampaikan oleh Encik Mohd Nazri bin Chik, Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan, Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad kepada Encik Md. Ishah Rahman, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) mewakili Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah PWZ USIM berkata, sumbangan ini akan disalurkan kepada sasaran pelajar iaitu seramai 6,500 orang penerima manfaat yang menetap di kolej – kolej kediaman USIM khususnya.”

Sementara itu, Encik Mohd Nazri bin Chik, Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan, Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad, turut menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang menyantuni para pelajar melalui pemberian sumbangan dalam bentuk barangan asas makanan kering.

Turut hadir sama ke majlis ini adalah Encik Faiz Ibrahim, Pengurus Rangkuman Kewangan, Bank Islam Malaysia Berhad, Encik Ashraf, Pengurus Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Nilai, Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah PWZ, dan Dr. Syahnaz Sulaiman, Timbalan Pengarah.

sumber: PWZ

Dikemaskini oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan