NILAI – Mengembalikan minat dan memupuk sikap cintakan sains, FastLab Fakulti Sains Teknologi memberi tumpuan kepada Pendidikan Science, Technology, Religiosity, Engineering, Artistry and Mathemathics (STREAM) untuk mendidik generasi muda dengan perkara yang mereka gunakan dan wujud dalam kehidupan seharian mereka dengan menghasilkan ‘Lab in a Box’ yang dapat memberi peluang kepada pelajar melakukan eksperimen dan eksplorasi sains dengan mudah dan cepat.

Sebelum ini, mereka mencipta Slime Kit dan Perfume DIY, kali ini tampil dengan lima (5) lagi modul iaitu Soap Kit, Quicksand Kit, Shrink Art Kit, dan Molecular Model Kit.

Soap Kit mengandungi Soap Base, Larutan Pewarna dan Minyak Pati. Soap base merupakan bahan asas dalam penghasilan sabun yang terdiri daripada gliserol dan asid lemak.

Aktiviti ini dapat mengasah kemahiran motor serta memberi rangsangan terhadap pemerhatian pelajar-pelajar iaitu daripada perubahan cecair kepada pepejal atau separa pepejal. Selain daripada proses pembelajaran, Soap Kit dapat mengasah kemahiran kreatif para pelajar dengan bermain pelbagai larutan pewarna dan minyak pati.

Manual yang dibekalkan juga turut dilengkapi dengan pengetahuan Sains mengenai ‘Saponification’. Ilmu ini turut diajar dalam topik ‘saponification’ bagi pelajar tingkatan 4 & 5. Selain itu, manual yang disediakan juga dilengkapi dengan ruangan eksplorasi bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan semangat ingin tahu yang merupakan aspek penting dalam pembelajaran Sains.

Manakala, Quicksand Kit pula para pelajar dapat belajar mengenai perubahan jirim, iaitu perubahan daripada cecair kepada pepejal atau separa pepejal. Ilmu ini turut diajar kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mengenai Non-Newtonian Fluid, di mana kelikatan sesuatu cecair berubah jika dikenakan daya.

Seterusnya, Shrink Art Kit dimana para pelajar berpeluang untuk menghasilkan keychain mengikut lukisan kreativiti sendiri. Ia mudah dilakukan iaitu dengan lukis dan warnakan pada bahagian kasar kertas shrink art yang disediakan dan letakkan pada dulang besi untuk dipanaskan ke dalam ketuhar pada suhu 150- 180  ̊C. Kemudian biarkan di dalam ketuhar tersebut selama 2 hingga 3 minit. Setelah ia sejuk boleh pasangkan gegelung kunci.

Selain itu adalah Molecular Model Kit, ia sama seperti lego di mana dapat meransang kreativiti dan kebolehan pelajar dalam membina model molekul sains, dengan menyambungkan tube untuk dijadikan sebagai molekur mengikut corak yang disediakan. Molecular Model Kit ini mengandungi 14 Carbon Atoms, 30 Hydrogen Atoms dan 6 Oxygen Atoms mengikut warna dan label. Aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai molekul sains seperti yang dipelajari oleh pelajar sekolah menengah.

Dan modul ketujuh yang dihasilkan adalah Eco Box Kit. Ia mengandungi beberapa komponen elektronik yang boleh digunakan untuk menghasilkan beberapa modul projek robotik dalam masa yang singkat seperti alat kawalan suhu dan kelembapan, alat penggera keselamatan, system kawalan pagar automatic, kereta robot kawalan Bluetooth, robot tong sampah dan pelbagai lagi projek yang boleh dihasilkan.

Contoh komponen elektrik yang terdapat di dalam kit ini adalah board arduino, jumper wire, led dan beberapa jenis sensor seperti sensor suhu, sensor kelembapan, sensor pengesan api, dan sensor pengesan pergerakan.

Aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam Lab in a Box ini sangat bagus kepada para pelajar dimana mereka belajar cara mengendalikan dan membuat projek dengan berdasarkan buku manual yang disediakan. Ia meransang minda untuk berfikir mencari solusi disamping meransang minat terhadap dunia sains yang berlaku disekeliling mereka.

 

Ahli Kumpulan:

Dr. Muhammad Zamir Othman (Ketua Penyelidik)
Dr. Syafa Azhari
Dr Sofina Tamam
Dr Nur Athirah Mohd Taib
Dr Azrul Azim Mohd Yunus
Siti Nazurah Md Jusoh
Muhammad Nabil Bazli