NILAI, 29 November 2018 – Kong Lingxi, 23, dari Guangzhou menjadikan USIM pilihan pertama untuk melanjutkan pengajian tidak sia-sia kerana berjaya menamatkan pengajian dalam program Pentadbiran Muamalat pada Majlis Konvokosyen ke 16 USIM baru-baru ini.
Anak bongsu dari dua beradik ini berminat dalam pengajian agama, abang beliau pula sambung pengajian di Universiti Madinah dalam pengajian Dakwah. Sebelum ini mendapat pendidikan di High School Liwan Foreign Languange, Guangzhou dan selepas itu mendapat tawaran Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa di USIM, namun kerana tidak fasih berbahasa Arab beliau tidak berputus asa untuk untuk memohon pertukaran program kepada program Pentadbiran Muamalat dengan bantuan dari Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat ketika itu Prof. Madya Dr. Amir Shaharuddin.
”Saya dah empat tahun menetap di Malaysia, dan saya suka dengan persekitaran di USIM kerana jauh dari kesibukan bandaraya”, tambah Lingxi.
______________________________________________________________
Nur Adnin Bin Abdul Razak,25, graduan Sarjana Muda Komunikasi (Kewartawanan) menjadikan ilmu yang diperolehi di dewan kuliah, berpersatuan dan khidmat masyarakat yang dijalankan semasa pengajian di USIM sebagai titik tolak untuk beliau meneruskan kerja mulia ini apabila sekarang beliau berkhidmat di NGO Muslim Volunteer Malaysia (MVM) di Bahagian Aduan Asnaf.
Anak kepada Abdul Razak Bin Othman, 64, merupakan bekas pekerja pelabuhan Pasir Gudang, manakala ibunya, Mariam bt. Md. Ali,57, seorang suri rumah sepenuh masa, suka untuk berdikari dengan mencari duit poket sendiri untuk meringankan tanggungan Mak dan Ayah.
Sejak di Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Chenderah Melaka lagi beliau telah bekerja sambilan katering selama 5 tahun, manakala semasa pengajian di USIM beliau melakukan pelbagai kerja sambilan seperti mengambil upah mesin rumput, upah mengecat, ubahsuai rumah, katering, mengemas rumah homestay dan banyak lagi.
______________________________________________________________
Anak kepada Abu Bakar bin Mamat,57, seorang petani dan Che Minah bt Mohd Noor,52, suri rumah sepenuh masa, Azizah Mardihah bt Abu Bakar, 23, kesusahan dan kepayahan Mak Ayah tidak menjadi halangan untuk beliau berusaha bersungguh sehingga mendapat Kelas Pertama pointer 3.75 dalam program Food Biotechnology Fakulti Sains dan Teknologi USIM.
“Restu mak ayah itu penting, dan saya akan minta mak ayah solat hajat setiap kali sebelum saya jalani peperiksaan. Macam mana sekalipun kehidupan kita, kita harus tetap syukur sebab masih banyak nikmat lain yang Allah beri. Jadikan pengorbanan mak ayah sesuatu yang berharga, dan kesusahan bukanlah sesuatu yang patut jadi penghalang tapi satu ujian yang harus kita tempuhi dan lalui dengan sabra kerana kita kena percaya Allah dah janjikan setiap kesusahan itu datangnya bersama kesenangan dan saya sentiasa yakin akan itu”.
Anak keempat dari tujuh beradik ini turut mendapat biasiswa JPA dan bantuan zakat USIM tidak mensia-siakan bantuan yang dihulurkan walaupun semasa tahun akhir beliau menyewa di luar kampus, namun teman baiknya yang juga membantu sama dari segi pengangkutan ke kuliah turut mendapat Kelas Pertama pada Majlis Konvokesyen yang diraikan ini.
Azizah berhasrat untuk bekerja bagi membantu keluarga dan adik-adik yang masih belajar sebelum menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Seramai 2,712 graduan menerima ijazah yang berlangsung sebanyak lima(5) sidang pada Majlis Konvokesyen ke 16 USIM yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor baru-baru ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 113 orang penerima Doktor Falsafah, 119 orang penerima Sarjana, 101 orang penerima Diploma dan 2,379 orang penerima Ijazah Sarjana Muda.
Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032