NILAI, 1 Julai 2018 –  Enactus USIM terpilih antara lima universiti terbaik untuk bertanding di Enactus Malaysia National Cup (EMNC)  yang dijadualkan akan berlangsung pada 21 Julai 2018.

USIM akan bersaing dengan empat universiti lain iaitu UNITEN, UUM, UITM, UMT bagi merebut gelaran Juara Kebangsaan Enactus Malaysia dan juara tersebut akan mewakili negara ke peringkat Antarabangsa dan berentap dengan 36 buah negara di Pertandingan Enactus World Cup Championship yang dijadualkan akan berlangsung di San Jose, California, USA pada 9 sehingga 11 Oktober 2018.

 Liyana Rosman, Ketua Bisnes dan Publisiti Enactus USIM berkata, pre screening Enactus Malaysia National Cup (EMNC) 2018 merupakan peringkat saringan untuk memilih 5 universiti terbaik untuk bertanding di Enactus Malaysia National Cup (EMNC). Pertandingan ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 30 Jun 2018 sehingga 1 Julai 2018 (Sabtu & ahad) bertempat di Worq, Glo Damansara, TTDI.

 ”Pertandingan Enactus Malaysia National Cup (EMNC) peringkat kebangsaan merupakan acara tahunan yang telah dianjurkan oleh Enactus Malaysia Foundation. Acara ini penting bagi kesemua universiti yang terlibat iaitu sebanyak 10 buah universiti dalam Projek Enactus di mana setiap pasukan akan membentangkan projek-projek komuniti yang telah mereka jalankan di hadapan para hakim yang terdiri daripada golongan profesional. Oleh yang demikian, pasukan Enactus USIM telah membentangkan dua projek iaitu SE4U dan Tiffin Unni yang diwakili oleh 10 orang peserta dari Enactus USIM”.

 ”Penglibatan para pelajar dalam projek Enactus dan penyertaan ke Pre Screening Enactus Malaysia National Cup (EMNC) peringkat kebangsaan dapat menjadi satu landasan bagi mewujudkan serta melahirkan graduan dalam menceburi bidang keusahawanan sosial dan ekonomi di Malaysia khususnya dan di peringkat global amnya serta menjurus Universiti Sains Islam Malaysia ke arah pencapaian USIM  KRA1 iaitu membentuk dan melahirkan graduan yang holistik serta berdaya gaji tinggi melalui elemen USIM CAP4-Entrepreneurship, USIM CAP6-Graduate Employbility dan USIM CAP7-Holistic Student Development” jelas Liyana.

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032