NILAI, 21 Mac 2019 – Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan(FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tamatkan penantian selepas 13 tahun apabila muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Sukan antara Fakulti (SUFA) 2019 yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM. Turut menyaksikan perlawanan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof. Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani dan Ahli Lembaga Pengarah Ustaz Mohd Hariri Mohammad Daud.

Perlawanan sengit ini menyaksikan FKP menumpaskan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) 1-0 hasil jaringan Muhd Amin Asraff Abd Aziz pada minit ke 28.

Al Imran Azmi, penyelaras sukan juga selaku pengurus bagi pasukan bola sepak FKP berkata, kali terakhir FKP mendapat pingat emas bola sepak SUFA adalah pada tahun 2006. Namun, FKP pernah bergelar Juara Liga Bola Sepak Fakulti Piala Naib Canselor pada tahun 2013 dan memenangi pingat gangsa bola sepak SUFA 2017.

Menurut beliau, persiapan pasukan ini bermula dengan sesi pemilihan pemain yang berbakat bagi mewakili FKP pada kejohanan SUFA kali ini. Setelah pada itu baru lah pasukan FKP dibentuk dengan menjalani sesi latihan 4 kali seminggu dan mengadakan beberapa sesi perlawanan persahabatan bagi memantapkan pasukan dan meningkatkan persefahaman diantara pemain-pemain.

SUFA 2019 ini berlangsung selama dua minggu bermula 6 hingga 20 Mac 2019 dengan menyaksikan 15 acara sukan yang dipertandingkan antaranya futsal, bola tampar, badminton, petanque, memanah dan bola baling.

Perasmian SUFA dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof. Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani. Turut hadir Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama Dr Nurkhamimi Zainuddin dan Timbalan Dekan FPQS Dr Ahmed Kamel Mohamed.

 

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032

 

 

 

 

 

 

 

 

2019-03-22T12:09:51+08:00

Share This Story, Choose Your Platform!

Go to Top