NILAI, 20 Februari 2019 -Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat julung kalinya telah mengadakan aktiviti Gotong-royong Mega USIM 2019 yang di anjurkan oleh Pusat Kesihatan USIM, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan USIM.

Gotong-royong mega telah dirasmikan oleh Pendaftar USIM iaitu Dato’ Muhammad Haizuan Rozali bertempat diDataran Bangunan Canselori USIM telah disertai oleh semua kakitangan dan pelajar lanjutan aktiviti gotong-royong melibatkan seluruh kampus termasuklah fakulti-fakulti, persekitaran serta kawasan tumpuan.

Program diadakan bagi menggalakkan semangat kerjasama dalam aspek menjaga kebersihan kawasan kampus USIM berikutan peningkatan demam denggi di kawasan kejiranan di taman perumahan. Bagi mengelakkan permasalahan ini berlarutan jadi semua pelajar dan kakitangan dibahagikan gerak kerja pembersihan untuk menjalankan aktiviti gotong-royong mengikut kawasan fakulti masing-masing dan bangunan PTJ yang terlibat.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembersihan di sekitar bangunan yang bertanggungjawab, membersihkan longkang yang bertakung, mengutip sampah sekitar kampus, membersihkan lokasi yang boleh mengakibatkan takungan air serta membuang fasiliti yang telah rosak.

Dato’ Muhammad Haizuan Rozali dalam ucapannya berkata adalah program diadakan bagi menjadikan persekitaran USIM yang barakah bersih tanpa ada sebarang sampah dan juga menjadikan USIM lebih indah serta memberikan keselesaan kepada warga USIM sendiri.

Menurut salah seorang kakitangan, Siti Zahirah binti Zamri dari Perpustakaan USIM, program ini wajar diadakan supaya semua kakitangan mengambil peranan dan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan bukan hanya mengharapkan tukang cuci sahaja untuk melakukan kerja-kerja tersebut.

“Di jabatan sendiri perlu menjalankan aktiviti seperti ini secara berterusan kerana selain dapat mendidik kakitangan dan pelajar tentang kebersihan, ia juga dapat mengeratkan hubungan di antara warga USIM,” katanya ketika ditemui.

Disediakan oleh:
Syazwani Abd Manaf
Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032