En. Asri Husain
En. Asri HusainPengarah Pusat Alumni dan Kerjaya

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memandang isu kebolehpasaran graduan dengan serius kerana menyedari graduan yang dihasilkan merupakan aset terbaik Universiti yang bersedia memberikan sumbangan kepada pembangunan negara. Menyedari akan hakikat itulah, Pusat Alumni dan Kerjaya, USIM telah berusaha dengan kerjasama Fakulti dah juga Alumni bagi membida geran Intervensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2019. Pihak USIM telah berjaya memperolehi lebih dari RM1.5 juta geran Dana Intervensi Kebolehpasaran Graduan (GE) yang ditawarkan oleh pihak KPM melalui 16 buah program bagi membantu graduan Universiti pada tahun ini. Pihak KPM menyediakan geran ini bagi membolehkan Universiti menyediakan program tambahan bagi membolehkan graduan Universiti tempatan bersaing dalam pasaran kerja. Sebanyak dua fasa bagi geran yang diperolehi oleh USIM iaitu Fasa pertama, USIM melalui 6 proposal memperolehi sebanyak RM773,445.00. Manakala melaui Fasa kedua pula, USIM memperolehi geran intervensi sebanyak RM727,515.00 melalui 10 proposal. Butiran geran intervensi yang diterima adalah seperti berikut:

Geran Intervensi Kebolehpasaran Graduan Fasa 1

Geran Intervensi Kebolehpasaran Graduan Fasa 2

Penyediaan geran ini adalah sebahagian daripada Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2020-2025 KPM untuk membantu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memperkukuhkan program pengajian agar relevan dengan keperluan ekonomi semasa. Pada masa yang sama, usaha meningkatkan kompetensi graduan perlu diteruskan tanpa mengabaikan aspek insaniah. Pihak KPM terus komited membantu graduan Universiti agar diberikan peluang dan tempat dalam pembangunan negara. Maka dengan sebab itulah, pada tahun 2020, pihak KPM turut menyediakan peruntukan GE bagi membantu pihak Universiti menyediakan pelbagai program GE untuk graduan. Strategi ini perlu dilaksanakan secara sistematik dan komprehensif, agar masalah pengganguran di Malaysia dapat diatasi dengan sistematik.

Sebahagian Daripada Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan USIM 2019