NILAI, 24 April 2019 – Pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi rangkul gelaran olahragawan dan olahragawati sempena Majlis Anugerah Sukan Usim 2018 yang berlangsung di perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Muhriz USIM, petang semalam.

Saudara Abdul Muiz Jaafar telah dinobatkan sebagai olahragawan USIM dan Saudari Fedzla Hannani Mustapa pula dinobatkan olahragawati USIM. Kedua – duanya telah membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai sebanyak RM 300.

Manakala anugerah olahragawan staf dimenangi oleh Muhammad Hidayat Zainuddin dan olahragawati pula dimenangi oleh Dr. Faezah Rokhani.

Antara pencapaian sukan yang telah di perolehi awal tahun 2018 ialah memperolehi 2 pingat emas dalam acara boling padang, 1 pingat perak dalam acara memanah dan 2 pingat gangsa dalam acara silat dan taekwando semasa Kejohanan Sukan Ipt (SUKIPT) 2018 yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pasukan USIM juga telah membawa pula 1 pingat emas dan 4 gangsa masing – masing dalam acara taekwando, pencak silat dan olahraga di kejohanan MASUM di UNIMAP dan UMK.

“Sebagai Naib Canselor bersama – sama Timbalan Naib Canselor amat menyokong anda untuk terlibat dengan aktiviti sukan kerana dapat menhilangkan tekanan semasa belajar di samping menyihatkan badan” ucap Prof Dato’ Dr Musa Ahmad.

Ini merupakan program tahunan bagi menghargai sumbangan jasa para atlet, pegawai dan penggiat sukan yang telah banyak mengharumkan nama universiti, tambah beliau.

Disamping itu, diumumkan juga insentif yang telah dipersetujui di mesyuarat jawatankuasa tertinggi universiti iaitu, atlet yang cemerlang layak mendapat pengecualian dan pengurangan yuran semester mengikut kategori.

Untuk pencapaian di peringkat MASUM dan penganjuran KPM, pengecualian yuran pengajian untuk 1 semester bagi pingat emas, 50% pengurangan yuran pengajian untuk 1 semester bagi pingat perak dan 30% pengurangan yuran pengajian untuk 1 semester bagi atlet yang mendapat pingat gangsa.

Manakala pencapaian di peringkat Antarabangsa seperti di Sukan Universiti Asean/Asia dan Sukan Universiti Dunia, pengecualian yuran pengajian untuk 3 semester bagi pingat emas, pengurangan yuran pengajian untuk 2 semester bagi pingat perak dan pengurangan yuran pengajian untuk 1 semester bagi atlet yang mendapat pingat gangsa.

“Tahun 2018 merupakan pencapaian tertinggi saya kerana telah mewakili Universiti Malaysia dan membantu pasukan Malaysia menjulang pingat emas di Kejohanan Lawn Bowls Bangkok Open Triples International di Bangkok”, ujar Abdul Muiz Jaafar.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak universiti kerana telah mengutarakan cadangan kepada jawatankuasa tertinggi universiti berkenaan dengan insentif untuk atlet. Insentif seperti ini akan menjadi pemangkin dan batu lonjatan kepada saya dan juga atlet – atlet lain untuk terus bergiat dalam bidang sukan” Fedzla Hannani Mustapa.

Turut hadir wakil pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Bin Mohd Jailani (Timbalan Naib Canselor Hep Dan Alumni) dan Dr. Hayati Ismail (Pengarah Pusat Komunikasi Strategik). Prof Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin selaku Pengerusi Pemilihan Anugerah Sukan USIM 2018 dan Encik Hamran Husin Pengarah Pusat Sukan.

Disediakan oleh:
Mohd Badrul Hisham Zakaria
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032