Nilai, 15 Julai 2009 – Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM buat kali ketiga telah menganjurkan ’Islamic Economics Conference 2009’ yang berlangsung pada 15 hingga 17 Julai 2009. Seminar ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.

Antara objektif seminar ini adalah untuk memperoleh maklumat dan peluang dalam usaha untuk memperluaskan pembangunan ekonomi di negara Islam. Di samping itu ianya menjadi platform untuk bertukar-tukar dan pandangan dan idea dengan mereka yang berpengalaman.

Turut hadir Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Y.Bhg. Prof. Dr. Hajah Mustafa mohd Hanefah dan Y.Bhg. Dr. Mohamad Akram Laldin, Pengarah Eksekutif International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA).

Oleh :
pro@usim.edu.my
Tel : 06-7988025/8026/8027/8028