NETHERLANDS, 8 Mac 2020 – Saudara Yusri Shamsudin, kakitangan Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Fasiliti (JPPF) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menang kategori solo kreatif dalam Excellent Achievement Awards dalam satu Festival Silat Antabangsa & Simposium Warisan Melayu Dunia penganjuran pada 7 dan 8 Mac lalu.

Beliau bertanding mewakili Malaysia dalam pertandingan yang berlangsung pada 7 dan 9 Mac 2020 bertempat di HET Forum, Roermond, Belanda bersama beberapa pasukan lain yang turut mewakili Malaysia bagi kategori berbeza.

Saudara Yusri menyatakan rasa terharu apabila berjaya membuat persembahan di Festival Silat Antarabangsa yang merupakan julung-julung kali dan pengalaman pertama beliau menyertai festival yang bertaraf antarabangsa sebegini.

“Perasaan bangga dan bersyukur saya ucapkan kerana dapat membawa pulang kejayaan baru buat Malaysia. Pengalaman ini sesuatu yang bermakna kepada saya apabila dapat beraksi di pentas antrabangsa pada masa yang sama meningkatkan skil dan keyakinan diri untuk mempamer teknik yang lebih tangkas,” ujarnya.

Selain acara pertandingan silat, turut berlangsung acara senaman tua yang diasaskan oleh Mahaguru Azlan Ghanie yang pernah menjadi Karyawan Tamu USIM 2019.

Pengarah Kejohanan, Mr Rob Brandt berpendapat acara kali ini agak meriah kerana pertambahan penyertaan dari pelbagai negara dan kategori yang disertai oleh pelajar-pelajar kolej dan sekolah khususnya di Belanda.

Penasihat kejohanan, Profesor Mahaguru Dr Azlan Ghanie juga bersependapat kejohanan seperti ini mempunyai elemen tersendiri kerana penggabungan dari pelbagai negara dalam usaha memartabatkan seni silat Melayu di Eropah.

YB Dato Sri Shahaniza (Exco Kerajaan Negeri Pahang) merasmikan festival yang mempertandingkan sebanyak tujuh sesi kategori pencak silat, silat seni, silat pulut, rebut selempang, seminar, senaman tua, ilmu kebatinan, gendang dan demo silat. Antara negara yang turut serta adalah Perancis, Jerman, Indonesia dan Belanda sendiri.

Disediakan oleh:
Syazlyna Jamil
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan