SERDANG, 31 Oktober 2017 – Kumpulan Aroma yang dianggotai empat orang pelajar dari Program Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi berjaya menggondol gelaran Naib Juara di Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia 2017 bertempat di Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan.

Mempertandingkan produk kiub bunga kantan, kumpulan ini menggunakan sepenuhnya bunga kantan asli dalam menghasilkan produk inovasi untuk tujuan memudahkan penyediaan masakan tanpa mengurangkan keaslian rasa dan aroma bunga kantan.

“Kumpulan Aroma berjaya untuk melayakkan diri ke peringkat akhir berentap bersama 30 kumpulan dari pelbagai institusi pendidikan di peringkat separuh akhir dan melayakkan diri bersama 10 kumpulan ke peringkat akhir yang mana setiap kumpulan perlu membuat pembentangan di hadapan semua juri,” ujar Wan Nur ‘Afina Abdulah Khir, antara ahli kumpulan Aroma.

Majlis penutup telah dihadiri oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendi  dikan Tinggi yang menyampaikan menerima hadiah berupa plak dan wang tunai sebanyak RM 6,000.

Ahli Kumpulan:
Wan Nur ‘Afina Abdulah Khir
Nuraisyah Thasniem Sharudin
Nur Afini Madiha Saidi
Nur Shakirah Zamzury