Nilai, 13 Mac 2009 – Mencintai Rasulullah umpama mencintai Al- Quran dan kepercayaan di dalamnya. Selari dengan itu, Unit Kebudayaan Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia  dengan kerjasama Urusetia Kesenian Pelajar telah menganjurkan Teater Mencari Nur Muhammad pada 13 Mac 2009 bertempat di Stadium Tertutup Nilai  bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah.
Tetamu Kehormat Y.Bhg. Prof. Dr. Hj. Abd. Samad Musa, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM turut hadir menyaksikan persembahan tersebut. Pementasan teater ini dipimpin oleh Urusetia Kesenian Pelajar yang didukungi oleh Kumpulan teater pelajar – ATRA.

Mencari Nur Muhammad dipilih bertujuan menonjolkan sifat- sifat mulia Nabi Muhammad S.A.W serta memberi peluang kepada  pelajar mengupas ilmu dan contoh-contoh perlakuan Rasulullah S.A.W dan diterjemahkan dalam bentuk kontemporari dan bersifat semasa terutamanya makna pencarian ilmu.  Antara objektif Teater Mencari Nur Muhammad ialah memupuk semangat cintakan Rasulullah S.A.W serta mencontohi kebaikannya.

Oleh :
pro@usim.edu.my
Tel : 06-7988025/8026/8028